Bandar raya Australia
Kami sedang menyerlahkan bandar raya Australia yang bersemangat serta tarikan dan pengalamannya yang unik. Setiap bandar raya berbeza daripada yang lain tetapi benar-benar memberi cita rasa Australia. Ketahui mengenai presint bandar raya seperti The Rocks di Sydney, South Bank di Brisbane dan sub bandar pusat funky di Perth. Terpegun dengan Pasar Pusat atau Central Market di Adelaide. Terokai tempat dan trend baharu, dari atas bumbung Melbourne pada musim panas hinggalah kawasan dermaga dan presint seni Darwin yang diberi nafas baru. Baca mengenai laluan air, taman botani dan tarikan kebudayaan dan warisan. Terokai destinasi baharu seperti Albany, Bundaberg dan Glenelg. Kami mempunyai idea perjalanan yang hebat untuk membantu anda menerokai pelbagai bandar raya kami atau gunakannya sebagai asas pengembaraan anda di Australia.















