Tourism Australia's Official Facebook Page   YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Meet the musician


Ahli muzik bertempat di Sydney, Andy Bull ingin menyelami inspirasi dari Kangaroo Island dan Red Centre Australia.

Bio:

Prospek untuk menjelajah Australia telah menghidupkan imaginasi Andy Bull, penyanyi dan pencipta lagu di Sydney, yang ingin “menikmati pengalaman lain dari kawasan bandar”. Kawasan bandar sememangnya menjadi latar belakang utama sepanjang kerjaya musikal Andy yang singkat tetapi menakjubkan sehingga kini. Beliau merekodkan album judul sendiri EP di Sydney pada tahun 2008 dan album tersohor We’re Too Young di New York pada tahun 2009. EP terkini beliau, The Phantom Pains, digubah berikutan lawatan ke bandaraya London kurang dari setahun selepas itu.

Ia sememangnya perjalanan musikal yang menarik untuk Andy, yang sebagai kanak-kanak telah berlatih pada keyboard yang dikumpul oleh ayahnya. Dia menggubah lagu pertamanya pada usia sekitar 13 atau 14, dan hari ini liriknya yang indah dan memilukan telah memberikannya reputasi sebagai “pencipta lagu untuk pencipta lagu”.

Andy menggelarkan dirinya sebagai artis pop, dan telah menunjukkan bakatnya dalam kategori tersebut. Selepas ritma halus ‘blue-eyed soul’ album pertamanya, Andy merekodkan The Phantom Pains di bilik rumahnya untuk mendapatkan bunyi yang lebih mentah. Rakan konsert bergerak Lisa Mitchell dan kumpulan rock Little Red merupakan dua daripada banyak bakat tempatan yang bergabung dengan Andy untuk EP terbarunya.

Andy menyukai “idea menyerap persekitarannya untuk menggubah”, dan tidak lama lagi akan berkongsi pengalaman itu dengan rakannya dari Musical Tracks , pemain klarinet Taiwan bernama Irene Chan. Mereka berdua akan menggubah musik yang diinspirasikan oleh persekitaran luas di Kangaroo Island dan Red Centre. Kami menunggu untuk berkongsi dalam perjalanan kreatif Andy bersama Irene di Australia.


 

Bertemu ahli muzik ini
Luke Webb (guitar) | Desmond NeySmith (cello) | Andy Bull (piano, keyboard, organ)| Irene Chen (clarinet) | Dewayne Everett-Smith (guitar)| Jasmine Beams (viola) | Stu Cullen (piano, guitar) | Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka
Luke dan Desmond | Andy dan Irene | Dewayne dan Jasmine | Stuart dan Samuel