Share on facebook   Share on twitter   YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Meet the musician
Desmond Neysmith


Pemain selo UK Desmond Neysmith tidak sabar untuk menggabungkan cinta muzik dan alam semulajadi di Sydney, Perth dan Kalgoorlie.

Bio:


Ibunya memupuk minatnya terhadap selo, dan David Attenborough, Bush Tucker Man serta Steve Irwin menginspirasikan cintanya terhadap haiwan. Sekarang Making Tracks memberi pemain selo Desmond Neysmith dari London peluang untuk menggabungkan keghairahannya untuk muzik dan alam sekitar. Dia tidak sabar untuk terlibat dalam sesuatu yang membolehkan orang “melihat dan mendengar kecantikan semulajadi Australia dan inspirasi muzikal yang ia boleh hasilkan.”

Ibu Desmond membelikan selo pertamanya semasa beliau berumur hanya empat tahun. Desmond jatuh cinta dengan alat muzik tersebut, walaupun jauh lebih kecil daripadanya untuk lima atau enam tahun yang pertama. Selo tersebut ujarnya “jatuh cinta dengan saya lambat laun”. Sebagai seorang dewasa, Desmond telah bermain selo di kuartet alat tali dan orkestra simfoni. Ia telah membawanya ke Alaska, membuka pintu kepada teater muzikal dan juga telah membenarkannya menulis bersama skor muzik untuk penerbitan West End.

Sekarang selo membawa Desmond ke Australia, negara yang dipelajarinya semasa beliau seorang kanak-kanak sambil menonton Bush Tucker memakan ulat witchetty melalui televisyen. Makanan tempatan mungkin terdapat pada itinerari Desmond dan rakan Making Tracks beliau, penyanyi/pencipta lagu Luke Webb dari Sydney. Mereka berdua akan mengikuti lawatan Aborigini melalui King Park Perth yang meluas, dan juga meneroka Kalgoorlie serta menikmati pantai di Perth dan Sydney.

Berkongsi bersama kolaborasi musikal pasangan ini dalam Making Tracks, yang bagi Desmond merupakan “pasangan yang dibuat di syurga”.


 

Bertemu ahli muzik ini
Luke Webb (guitar) | Desmond NeySmith (cello) | Andy Bull (piano, keyboard, organ)| Irene Chen (clarinet) | Dewayne Everett-Smith (guitar)| Jasmine Beams (viola) | Stu Cullen (piano, guitar) | Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka
Luke dan Desmond | Andy dan Irene | Dewayne dan Jasmine | Stuart dan Samuel