Share on facebook   Share on twitter YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Meet the musician
Dewayne Everettsmith


Dewayne dari Tasmania ingin mendapatkan inspirasi muzikal daripada tempat yang beliau ketahui – dari Hobart ke Great Ocean Road.

Bio:

Dwayne Everettsmith telah membuat persembahan di seluruh dunia selepas memulakan kerjaya muzikal beberapa tahun lepas. Sekarang, di atas budi Making Tracks, penyanyi dan pemain gitar Tasmania ini mendapat peluang untuk mengambil perjalanan muzikal di tempat sendiri.

Dewayne telah menghiburkan penonton di American Samoa, New Zealand, Los Angeles, San Francisco, New York dan merentasi seluruh Australia dengan bakatnya. Tidak hairan, memandangkan penyanyi soul Marcia Hines telah menggambarkan suara Dewayne sebagai salah satu daripada yang tercantik yang pernah didengar. Dewayne juga mempunyai perawakan yang boleh mengalahkan penghibur berpengalaman. Beliau telah mengagumkan penonton sebagai persembahan sokongan untuk penyanyi paling berjaya di Australia – John Farnham – dan menerima tepukan gemuruh semasa duet dengan legenda tempatan Paul Kelly. Duet ini adalah sebahagian persembahan dirtsong Black Arm Band, yang menarik jumlah penonton yang besar semasa Melbourne International Arts Festival.

Gaya muzikal Dewayne berakar umbi daripada warisan Aborigini, yang menghubungkannya dengan masyarakat Aborigini di Cape Barren Island dan orang Gunai/Kurnai di tenggara Victoria. Beliau telah dibesarkan dengan keluarga angkat yang merupakan keturunan penyanyi Tasmania Aboriginal yang terkenal. Album pertama Dewayne termasuk lagu Milaythina, rakaman komersil pertama lagu bahasa Aboriginal Tasmania.

Dewayne akan membawa lagunya yang pelbagai kepada perkongsian Making Tracks dengan pemain viola Jasmine Beam. Mereka berdua akan meneroka ibu negeri Tasmania, Hobart yang padat dan Great Ocean Road Victoria yang liar dan menakjubkan. Setelah membawa bakatnya merentasi seluruh dunia, Dewanyne sedia untuk mencari inspirasi muzikal dekat dengan kampung halaman.

Bertemu ahli muzik ini
Luke Webb (guitar) | Desmond NeySmith (cello) | Andy Bull (piano, keyboard, organ)| Irene Chen (clarinet) | Dewayne Everett-Smith (guitar)| Jasmine Beams (viola) | Stu Cullen (piano, guitar) | Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka
Luke dan Desmond | Andy dan Irene | Dewayne dan Jasmine | Stuart dan Samuel