Share on facebook   Share on twitter  YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Meet the musician
Jasmine Beams


Pemain viola Amerika Syarikat Jasmine Beams merasakan Australia adalah “alam semesta selari” dan tidak sabar untuk meneroka Tasmania dan tenggara Victoria.

Bio:

Pemain viola dari Amerika Syarikat, Jasmine Beams telah selalu memikirkan Australia sebagai “alam semesta selari”. “Kami berkongsi sejarah yang berkaitan dan bercakap bahasa yang sama tetapi kami berada pada hujung bertentangan dunia,” ujarnya. Dengan Making Tracks, pelajar siszawah muda Universiti Wisconsin akan meneroka dunia selari ini sendiri.

Muzik merupakan cinta seumur hidup untuk Jasmine, yang mula bermain biola pada umur enam tahun, sebelum mengalihkan fokus kepada viola pada zaman remajanya. Bakatnya yang menyerlah telah memenangi beliau banyak biasiswa muzik, pertama di Universiti Indiana, dan sekarang di Universiti of Wisconsin di Milwaukee. Beliau telah menjelajahi AS, Kanada, Amerika Selatan, Eropah dan Jepun dan membuat persembahan dengan tiga orkestra di bandar asalnya Wisconsin.

Walaupun muzik klasikal adalah cinta pertama Jasmine, beliau meminati semua genre muzik dari jaz ke tango dan rock serta pop. Semasa membuat persembahan dengan Latin American Popular Music Ensemble, beliau bergabung tenaga dengan artis nominasi Grammy seperti Terra Brasil, Gonzalu Grau y Clave Secreta, Tiempo Librem dan Aquiles Baez.

Pengalaman ini akan memberi manfaat kepadanya apabila beliau bergabung dengan pemuzik dan pemain gitar kontempari Australia, Dewayne Everettsmith. Mereka berdua akan mengembara merentasi Tasmania dan tenggara Victoria, mencipta muzik yang diinspirasikan oleh pengalaman sepanjang jalan.

Jasmine berkata, “Saya tidak sabar untuk mengalami budaya Australia dan mengalami segala yang ia ada untuk diberikan sambil berkongsi muzik saya dengan dunia dalam cara yang begitu unik.”


 

Bertemu ahli muzik ini
Luke Webb (guitar) | Desmond NeySmith (cello) | Andy Bull (piano, keyboard, organ)| Irene Chen (clarinet) | Dewayne Everett-Smith (guitar)| Jasmine Beams (viola) | Stu Cullen (piano, guitar) | Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka
Luke dan Desmond | Andy dan Irene | Dewayne dan Jasmine | Stuart dan Samuel