Share on facebook   Share on twitter  YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Meet the musician
Samuel Blair


Pemain bassoon Samuel Blair mencintai rakyat Australia dan ingin mengembangkan lingkungan muzikalnya dengan kolaborasi bersama pemuzik kontemporari.

Bio:

Pemain bassoon dari Amerika Syarikat, Samuel Blair mencintai rakyat Australia dan ingin belajar cara membaling boomerang dengan betul. Tetapi lebih penting lagi, beliau ingin mengembangkan lingkungan muzikalnya dengan kolaborasi dengan pemuzik kontemporari. “Muzik klasikal hebat tetapi saya percaya ia perlu berkembang dengan memasukkan lebih banyak peralatan moden dan rasa tempatan untuk menarik minat orang ramai,” kata Samuel.

Making Tracks adalah usaha terkini dalam kerjaya muzikal yang bermula bila Samuel berusia 11 tahun, dan bassoon adalah sebesar dirinya. “Ia sememangnya bukan pemandangan cantik tetapi saya kekal dengannya dan sememangnya ia untuk terbaik kerana ia telah membawa saya ke begitu banyak tempat,” katanya. Sam telah menjelajah ke Switzerland, Korea, China dan Malaysia dan kini bersama New World Symphony di Miami Beach Florida.

Samuel sekarang menunggu dengan gembira untuk datang ke Australia dan bertemu dengan orang Australia yang dia memang “gemar bertemu” sepanjang perjalanannya. Beliau juga tidak sabar untuk mencuba teori boomerang yang kembali, mencuba makanan Thai dan mencabar dirinya. Dengan pengalaman Aborigini, restoran bandaraya dan kelas meluncur air dalam itinerari, Samuel sememangnya boleh mencapai banyak perkara dalam senarainya.

Sudah tentu, untuk Sam kemuncak Making Tracks adalah mencipta “idea muzikal yang menyeluruh” dengan pemuzik elektro Melbourne, Stuart Cullen. Pasangan ini akan meneroka kawasan muzikal baru yang menarik berlatarbelakangkan Noosa, Fraser Island dan Canberra, ibu negara Australia.

 

Bertemu ahli muzik ini
Luke Webb (guitar) | Desmond NeySmith (cello) | Andy Bull (piano, keyboard, organ)| Irene Chen (clarinet) | Dewayne Everett-Smith (guitar)| Jasmine Beams (viola) | Stu Cullen (piano, guitar) | Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka
Luke dan Desmond | Andy dan Irene | Dewayne dan Jasmine | Stuart dan Samuel