Share on facebook   Share on twitter  YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Musical pairs
Andy Bull Irene Chen

Jadual perjalanan South Australia

Mengembara bersama Andy dan Irene ke Pulau Kangaroo, di mana mereka akan dapat melihat singa laut, meneroka Remarkable Rocks, mengunjungi pantai putih dan menikmati makanan dan wain pulau.

Gouger Street, Adelaide, SA

Hari 1 – Adelaide
Ahli muzik Making Tracks akan tiba di Adelaide, ibu negeri indah South Australia pada lewat tengah hari. Selepas selesa di hotel CBD mereka yang bergaya, pasangan ini akan keluar untuk makan malam Thai sepanjang Gouger St. yang trendi.

kangaroo Island

Hari 2 – Kangaroo Island – Seal Bay
Irene dan Andy akan mengambil penerbangan awal ke Kingscote di Kangaroo Island, di mana pemuzik tempatan, peluncur air dan ahli kaji alam sekitar Ron Swan akan menjadi pemandu mereka. Beliau akan berkongsi beberapa fakta mengenai Kangaroo Island kesukaannya semasa sarapan pagi di Duck Lagoon, di mana itik dan angsa meluncur melepasi pokok gam merah yang besar.
Perhentian seterusnya ialah Seal Bay Conservation Park, di mana Irene dan Andy boleh melihat koloni singa laut taman itu berenang, bermain dan berehat di pantai. Pasang ini boleh berfikir-fikir tentang pengalaman alam semula jadi mereka semasa makan tengah hari di penginapan mewah mereka yang mempunyai pemandangan dramatik Southern Ocean. Mereka kemudiannya akan bertolak ke penginapan petang mereka – pusat peranginan belantara di Taman Negara Flinders Chase. Mereka boleh berkongsi inspirasi muzikal mereka semasa makan malam yang lazat di restoran pusat peranginan tersebut.

Kangaroo Island

Hari 3 – Kangaroo Island – Remarkable Rocks
Pada hari ini Irene dan Andy akan mendapatkan inspirasi dari landskap pulau ini, bermula dengan Remarkable Rocks di Taman Negara Flinders Chase. Dibentuk merentasi 500 juta tahun, bongkah-bongkah granit yang diimbangi dalam keadaan berbahaya ini menjadi tanda tempat kawasan ini dan juga tarikan pelancong. Andy dan Irene akan menikmati makan tengah hari berkelah berhadapan dengan pemandangan latar semula jadi yang mengagumkan ini. Mereka kemudiannya akan pergi ke kilang wain di Kingscote, di mana mereka boleh mencuba wain cuaca sejuk tempatan sambil melihat pemandangan indah merentasi ladang anggur di Bay of Shoals dan North Cape. Mereka akan menamatkan hari mereka di hotel pesisir laut mereka, yang terletak di Kingscote, pada jalan pemandangan indah di Nepean Bay. Andy dan Irene boleh membincangkan keindahan, dan juga melodi dan ritma alam semula jadi sewaktu makan malam di restoran.

Kangaroo Island beaches

Hari 4 – Pantai Kangaroo Island
Pasangan ahli muzik ini akan mengembara sepanjang pesisiran pantai Kangaroo Island, bermula di Snellings Beach yang indah di utara. Sering kali kosong dengan pasir yang putih lembut, Snellings Beach merupakan tempat yang terbaik untuk pasangan ini bersantai dan berfikir sebelum barbeku makanan laut yang lazat. Perhentian seterusnya ialah Stokes Bay untuk sepetang ombak dan hidupan liar. Irene dan Andy boleh berenang di teluk yang dilindungi atau dalam kolam besar dikelilingi batu, yang melindungi pantai yang kecil dan tenang. Menjangkaui pantai, kangaroo hidup bebas melepasi bukit-bukau hijau. Pasangan ini akan kembali ke Kingscote untuk makan malam dengan piza, snek bergril dan salad yang enak. Mereka akan menghabiskan petang terakhir mereka dengan mengenang kembali pengalaman dan landskap Kangaroo Island, daripada interaksi dengan hidupan liar sehingga ke merasakan wain, pantai yang indah dan formasi batuan yang berceranggah.

Jadual Perjalanan Northern Territory

Ikuti Irene dan Andy sambil mereka meneroka bandar pedalaman Alice Springs dan ikon-ikon Red Centre di Uluru dan Kings Canyon.

Ormiston Gorge, NT

Hari 1 – Alice Springs
Andy dan Irene akan terbang ke Alice Springs, sebuah bandar pedalaman yang kaya dengan budaya Aboriginal, kembaran luaran dan sejarah perintis. Pasangan ini akan makan tengah hari di sepanjang Todd Mall, yang hidup dengan warna-warna seni kontemporari Aboriginal. Perhentian seterusnya ialah di Glen Helen Nature Park di West MacDonnell Ranges yang ditelan zaman. Pasangan ini boleh menyelami keheningan lubang-lubang air di Ormiston Gorge dan Glen Helen Gorge, yang ditonjolkan dalam mitologi Aboriginal tempatan. Irene dan Andy akan mempunyai lebih masa untuk menikmati pemandangan dari pusat peranginan berdekatan mereka, yang berada bertentangan kawasan pemerhatian Mt Sonder. Di sini pasangan ahli muzik ini boleh melihat pemandangan indah yang menginspirasikan artis Aboriginal asli iaitu Albert Namatjira, sebelum melihat lukisannya di galeri kecil Namatjira di pusat peranginan ini.

West Macdonnell Ranges, NT

Hari 2 – Tnorala (Gosse Bluff/Kings Canyon)
Rakan-rakan The Making Tracks ini akan bangun awal untuk menikmati matahari terbit di atas tubiran merah ngarai MacDonnell Ranges. Mereka kemudiannya akan bertolak ke barat, berhenti sejenak untuk mengagumi Tnorala (Gosse Bluff), kawah komet selebar 20m dan berusia 140 juta tahun. Mereka boleh mengetahui selanjutnya kisah Dreaming dalam perjalanan mereka ke Taman Negara Watarrka, rumah kepada Kings Canyon yang amat besar. Ia juga merupakan tempat tinggal tradisional kaum Luritja dan kawasan perlindungan yang penting. Dinding batu merah yang tinggi di ngarai ini melindungi pokok palma dan kawasan kecil yang subur menghijau di padang pasir yang tiada kehidupan lain. Jika ada masa, Irene dan Andy akan melakukan Kings Creek Walk sebelum mengambil penerbangan melihat pemandangan Kings Canyon. Mereka boleh berbual mengenai muzik dan landskap yang memberi inspirasi sewaktu makan malam di restoran pusat peranginan.

Kings Canyon, NT

Hari 3 – Kings Canyon
Irene dan Andy akan memulakan hari mereka dengan lawatan berjalan dipandu ke lingkungan Kings Canyon untuk menikmati pemandangan cenuram batu pasir yang amat curam, rekahan yang dipenuhi pepohon palma, dasar lembah dan gurun. Pasangan ahli muzik ini akan dapat melihat tumbuhan yang jarang ditemui daripada zaman dahulu yang lebih lembap, berenang di kolam tropika di Garden of Eden dan meneroka kubah-kubah berbatu yang ditelan musim di Lost City. Mereka kemudiannya akan mendapat masa untuk membandingkan idea muzik dan berkolaborasi berlatarkan pemandangan indah di tapak perkhemahan Kings Canyon.

Uluru-Kata Tjuta National Park, NT

Hari 4 - Taman Negara Uluru-Kata Tjuta
Irene dan Andy pasti boleh mengharapkan untuk terpegun dengan pemandangan pertama Uluru dan kubah-kubah Kata Tjuta, yang timbul tiba-tiba daripada gurun merah, mendominasi landskap sekitarnya. Ikon-ikon ini mempunyai kepentingan spiritual yang mendalam kepada pemiliknya, kaum orang asli Anangu. Selepas makan tengah hari yang lewat di pusat peranginan mereka, Andy dan Irene akan mendapatkan peluang berkolaborasi di bayangan Uluru, menyelami aspek kerohanian dan keindahannya. Pada waktu petang, mereka akan makan malam di tengah-tengah padang pasir, melihat Uluru dan Kata Tjuta bertukar warna semasa matahari terbit. Mereka akan menikmati makanan gourmet belukar dan wain Australia sambil bunyi indah didjeridoo memenuhi udara. Seorang ahli astronomi akan menjelaskan kepada pasangan ahli muzik ini mengenai bintang-bintang yang mengisi langit selatan. sound of the didjeridoo fills the air. An astronomer will talk the musicians through the stars illuminating the southern sky.

Uluru, NT

Hari 5 & 6 - Taman Negara Uluru-Kata Tjuta
Irene dan Andy akan menghabiskan dua hari terakhir mereka menyelami keajaiban dan keagungan landskap. Mereka akan melihat Uluru semasa matahari terbit dan mendapat peluang berjalan-jalan di sekitar Uluru dengan jurupandu Anangu dan mempelajari bagaimana nenek moyang Dreamtime menempa arca batu pasir yang besar ini. Pasangan ini akan mendapat lebih masa untuk meneroka kubah-kubah berwarna coklat kemerah-merahan yang curam dan berdekatan Kata Tjuta, dan mungkin berjalan-jalan melaluinya di Lembah Winds Walk. Pada hari kelima mereka akan berkolaborasi sekali lagi, menganyam pengalaman bersama mereka di Red Centre Australia yang mengagumkan. Mereka akan beredar ke Sydney pada hari ke enam, dengan harapan mereka telah mendapat inspirasi dan teruja.


sapcer
Making Tracks

Bertemu ahli muzik ini

A Luke Webb (guitar)
A Desmond NeySmith (cello)
A Andy Bull (piano, keyboard, organ)
A Irene Chen (clarinet)
A Dewayne Everett-Smith (guitar)
A Jasmine Beams (viola)
A Stu Cullen (piano, guitar)
A Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka

A Luke dan Desmond
A Andy dan Irene
A Dewayne dan Jasmine
A Stuart dan Samuel
  sapce

sapcer

Idea Australia selanjutnya

Adelaide

Adelaide
Bandar elegan ini terkenal dengan seni bina batu kolonial, taman yang besar, festival yang ceria dan ruang yang besar. Pelajari lebih lanjut

Kangaroo Island

Kangaroo Island
Kangaroo Island Lihat hidupan liar asli di hutan di syurga ekologi Kangaroo Island. Pelajari lebih lanjut

Northern Territory

Wilayah Utara
Anda boleh menghilang dan menemui semula diri anda di Wilayah Utara, tempat yang kaya dengan sejarah Orang asli dan keindahan alam semula jadinya yang berceranggah. Pelajari lebih lanjut

Red Centre

Red Centre
Anda mungkin tahu tentang monolit merah di Red Centre, Australia.
Pelajari lebih lanjut

sapcer
Rancang kunjungan anda
A Cari Ejen Pelancongan berdekatan anda
A Penginapan
A Tarikan
A Maklumat Destinasi
A Perkhidmatan Maklumat
A Sewa
A Lawatan
A Pengangkutan
A Acara-acara
  sapce

sapcer
Muat turun

Download their itineraries

A Download South Australian itinerary
A Download Northern Territory itinerary
  sapce