Share on facebook   Share on twitter  YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Musical pairs
Dewayne Everettsmith Jasmine Beams

Jadual perjalanan Tasmania

Mengembara dengan Jasmine dan Dewayne sambil mereka berkembara muzikal menerusi Belantara Barat tidak terusik Hobart dan Tasmania.

Festival of voices, TAS

Hari 1 & 2 – Hobart
Ahli muzik ini akan mendapat dua hari untuk meneroka bandar ibu negeri Tasmania yang padat, yang dikenali untuk sejarah kolonialnya, budaya kreatif dan udara laut yang sejuk dan segar. Mereka akan mengambil feri sepanjang Derwent River ke muzium Museum of Old and New Art yang baru dibuka dan bersiar-siar di jalan batuan di Salamanca Place. Pelancong dan juga penduduk tempatan memenuhi dataran depan laut yang indah ini, di mana gudang Georgian 1830an telah ditukar menjadi galeri, teater, kafe, restoran dan bar. Dewayne dan Jasmine akan mendapatkan inspirasi daripada konsert atau simfoni muzik tempatan. Mereka juga akan bertemu dengan penganjur Festival of Voices, festival koir yang terulung di Australia. Semasa lawatan mereka, Jasmine dan Dewayne akan menikmati keluaran terkenal Tasmania, dari keju ke makanan laut yang baru ditangkap dan wain cuaca dingin.

Strahan, TAS

Hari 3 & 4 – Strahan dan Belantara Barat
Dewayne dan Jasmine akan memandu dari Hobart ke Strahan menerusi Tanah Tinggi Tengah Tasmania, berhenti untuk melihat ukiran yang menceritakan kisah wilayah tanah tinggi pada jujukan panel kayu. Destinasi mereka ialah perkampungan memancing pedalaman iaitu Strahan, gerbang ke belantara padat Warisan Dunia di barat Tasmania. Dari sini, pasangan ini akan mengambil pelayaran waktu fajar merentasi Macquarie Harbour yang besar untuk melihat koloni burung penguin Bonnet Island. Mereka akan mendalami sejarah perintis wilayah ini dengan kereta api wap, yang merentasi hutan sederhana dari Strahan ke bandar perlombongan lama Queenstown. Pasangan ini juga akan berlayar sepanjang Gordon River, berhenti untuk berjalan antara pokok pain tinggi Huon yang tua dan mempelajari mengenai kempen alam sekitar yang menyelamatkan Franklin River yang liar.

Sir John Falls Heritage, TAS

Hari 5 – Kembali ke Hobart
Pasangan ini akan menghabiskan hari terakhir mereka memandu kembali ke Hobart menerusi tanah ladang kehijauan dan kawasan hidro yang dipenuhi tasik, air terjun dan kampung-kampung aneh. Mereka akan memandu balik ke Hobart dengan masa untuk mengenang kembali perjalanan Tasmanian yang menyegarkan dan yang memberi inspirasi.

Jadual Perjalanan Victoria

Jejak pengalaman Dewayne dan Jasmine sepanjang Great Ocean Road, di Melbourne yang dinamik dan Yarra Valley yang indah.

Great Ocean Road, VIC

Hari 1 - Melbourne ke Great Ocean Road
Jasmine dan Dewayne akan tibai di Melbourne pada waktu petang, sebelum bertolak ke Port Campbell melalui Great Ocean Road. Jalan dan wilayah berliku-liku sepanjang Southern Ocean yang ditiup angin dari Geelong ke Portland. Perkampungan tepi laut Port Campbell yang bertenaga berada di pertengahan jalan, betul-betul berhampiran menara-menara batu kapur berceracak di Twelve Apostles.

Twelve Apostles, VIC

Hari 2 – Twelve Apostles ke Melbourne
Pasangan ahli muzik boleh mendalami drama alam semula jadi di Twelve Apostles, yang telah mengalami luluhawa oleh ombak liar dan angin selama 20 juta tahun. Unsur-unsur yang mengukirnya dari tebing, yang mula-mula membentuk gua, kemudian gerbang dan kemudian tiang-tiang yang kita lihat hari ini. Setiap tahun ia terhakis lebih jauh ke dalam, dan pada hari ini hanya lapan daripada 12 tiang asal tinggal. Jasmine dan Dewayne akan mengikuti Gibson Steps yang curam ke bawah muka tebing ke pantai, di mana mereka akan berkongsi idea dan inspirasi muzikal di bawah bayangan tiang batu gergasi. Mereka akan kembali ke penginapan mereka di pusat Melbourne, tempat yang cukup bagus untuk meneroka jalan-jalan bandar yang sibuk dengan bar, tempat makan, bar jaz dan ruang seni.

Melbourne, VIC

Hari 3 – Penerokaan Melbourne
Ahli muzik ini akan menyertai kembara basikal sekitar Melbourne, mengikuti jejak di sepanjang Yarra River, menerusi taman yang tenang dan ke dalam presint bandaraya yang bertenaga. Jika cuaca hujan, pasangan ini akan mengembara dalaman untuk rangsangan kebudayaan galeri seni Flinders Lane. Mereka kemudiannya akan mempunyai masa untuk mengenang dan berkolaborasi berlandaskan keindahan bersejarah Block Arcade, yang pada hari ini dibarisi butik-butik unik dan kedai khas. Alternatifnya, mereka boleh melakukan penggubahan kreatif mereka di Hosier Lane, dengan mural grafitinya yang berwarna-warni dan sering berubah. Lorong-lorong Melbourne semakin berkembang menjadi ruang untuk ekspresi kesenian, menjadikannya latar yang terbaik untuk kolaborasi Making Tracks.

Yarra Valley, VIC

Hari 4 – Yarra Valley
Dewayne dan Jasmine akan menyertai lawatan menerusi Yarra Valley yang indah, rantau pembuatan wain yang terkenal kurang sejam perjalanan dari Melbourne. Mereka akan mempelajari mengenai gaya pembuatan wain yang berbeza-beza dan seni merasa wain sambil mereka melawat kilang wain butik, pintu bilik bawah tanah yang direka bentuk penuh seni bina dan pondok-pondok sederhana yang tersembunyi antara pokok anggur. Pasangan ini boleh memadankan wain kegemaran mereka dengan makan tengah hari gourmet di restoran ladang wain yang eksklusif. Mereka akan meluangkan masa mencipta muzik di bukit-bukau luas dan ladang wain diperkemas Yarra Valley. Selepas seharian menikmati makanan gourmet dan inspirasi muzikal, Jasmine dan Dewayne akan kembali ke Melbourne untuk penerbangan balik mereka.


sapcer
Making Tracks

Bertemu ahli muzik ini

A Luke Webb (guitar)
A Desmond NeySmith (cello)
A Andy Bull (piano, keyboard, organ)
A Irene Chen (clarinet)
A Dewayne Everett-Smith (guitar)
A Jasmine Beams (viola)
A Stu Cullen (piano, guitar)
A Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka

A Luke dan Desmond
A Andy dan Irene
A Dewayne dan Jasmine
A Stuart dan Samuel
  sapce

sapcer

Idea Australia selanjutnya

Hobart

Hobart
Hobart Jangan ketinggalan melawat ibu negeri kecil dan indah ini yang terkenal kerana bangunan berseni bina Georgia dan udaranya yang segar. Pelajari lebih lanjut

Tassie Wilderness

Hutan belantara Tasmania
Hutan belantara Tasmania Alami keindahan purba dan epik di 17 buah taman negara di Tasmania. Pelajari lebih lanjut

Melbourne

Melbourne
Melbourne terdiri daripada laluan lorong sesat yang tersembunyi, bar mewah, restoran eksklusif dan butik di luar jalan biasa. Pelajari lebih lanjut

Great Ocean Road

Great Ocean Road
Great Ocean Road Memandu melalui alam semula jadi di Great Ocean Road yang indah dan berliku-liku bersebelahan Southern Ocean yang bergelora dan terdedah kepada angin dari Geelong ke Portland.
Pelajari lebih lanjut

sapcer
Rancang kunjungan anda
A Cari Ejen Pelancongan berdekatan anda
A Penginapan
A Tarikan
A Maklumat Destinasi
A Perkhidmatan Maklumat
A Sewa
A Lawatan
A Pengangkutan
A Acara-acara
  sapce

sapcer
Muat turun

Download their itineraries

A Download Tasmanian itinerary
A Download Victorian itinerary
  sapce