Share on facebook   Share on twitter  YouTube Symphony Orchestra 2011 YouTube Symphony Orchestra 2011
 
Auditions On The Road Grand Finale
Musical pairs
Luke Webb Desmond Neysmith

Jadual Perjalanan New South Wales

Ketahui mengenai pengalaman hebat Sydney yang diatur untuk Luke dan Desmond, dari luncur air di Bondi Beach hingga ke Sydney Harbour Bridge.

Bondi Beach, NSW

Hari 1- Kebahagiaan sisir pantai Bondi
Luke dan Desmond akan memulakan kembaran Australia mereka dengan pelajaran luncur air di pantai ikonik Sydney, Bondi Beach. Kedua mereka mungkin telah menjadi pakar instrumen muzik masing-masing, tetapi belum lagi menjadi pakar papan luncur. Pengajar profesional akan membimbing pasangan ini dalam beberapa pergerakan asas, dan berharap untuk membawa mereka hampir dengan ‘hanging 10’ di penghujung pengajaran nanti. Selepas itu Desmond dan Luke boleh membandingkan pengalaman mereka sewaktu makan tengah hari makanan laut di Bondi Pavilion yang bersejarah. Mereka akan berjalan selepas makan tengah hari di Bondi ke persiaran Bronte, yang mempunyai pemandangan pesisir pantai yang berliku dan diukir laut yang benar-benar memberi inspirasi. Selepas seharian kembara aksi di pantai, Luke dan Desmond akan meneruskan ke bandar raya dalaman, Darlinghurst untuk makan malam dan minum.

Manly, NSW

Hari 2 – Kayak di Manly
Pasangan ahli muzik ini boleh melambai kepada Opera House semasa perjalanan feri 30 minit ke Manly, subbandar tepi pantai yang indah di mana pengembaraan kayak mereka bermula. Luke dan Desmond akan meluangkan hari mendayung di sekitar North Harbour, berhenti untuk berkelah dan menggubah muzik di pantai keemasan yang tersembunyi. Mereka juga akan berjalan jarak pendek ke Dobroyd Heads, yang mempunyai pandangan panorama merentasi semenanjung Manly dan Sydney Harbour. Selepas kembali ke Circular Quay melalui feri, mereka akan berkumpul kembali untuk makan malam awal di bangunan bersejarah GPO di Martin Place. Kemudian mereka akan bertolak ke dataran luas Universiti Sydney untuk menonton filem Australia yang disanjungi, Beautiful Kate. Pemuzik rock Australia, Tex Perkins, yang telah mencipta muzik filem tersebut yang dicalonkan untuk ARIA, akan membuat persembahan sebelum tayangan.

Hawkesbury River, NSW

Hari 3 – Penerbangan pemandangan indah dah Spiegeltent
Dengan ritma dan melodi yang diharapkan sudah mula terbentuk dalam otak mereka, Desmond dan Luke akan bertolak ke Rose Bay untuk menaiki pesawat laut untuk melihat pemandangan indah. Penerbangan selama 20 minit di atas pelabuhan ke Sungai Hawkesbury yang indah, yang dibarisi taman negara, pulau dipinggiri belukar, rumah agam berhadapan air dan bandar perikanan kecil. Luke dan Desmond boleh menikmati ketenangan pemandangan sebelum makan tengah hari di restoran tepi sungai yang indah. Selepas kembali ke Sydney dengan pesawat laut, pasangan ini akan menikmati konsert di Famous Spiegeltent, yang bertempat di Hyde Park sebagai sebahagian daripada Festival Sydney tahunan. Desmond dan Luke akan melengkapkan hari penuh aksi mereka dengan makan malam masakan Cina di CBD.

Sydney Harbour, NSW

Hari 4 – Keraian Australia Day
Selepas melawati Sydney Harbour melalui feri, kayak dan pesawat laut, pasangan ahli muzik ini akan memulakan Australia Day dengan memanjat Sydney Harbour Bridge. Kemudian mereka akan turun untuk makan tengah hari di pub di The Rocks, presint bersejarah di tepi pelabuhan di mana Sydney bermula. Pengunjung akan memenuhi jalan-jalan batu ini untuk keraian Australia Day, yang paling pentingnya konsert percuma sepanjang hari yang menampilkan 70 penghibur Australia. Desmond dan Luke akan berseronok dengan artis-artis seperti Katie Noonan dan The Captains, Hungry Kids of Hungary, Tijuana Cartel, Casey Donovan, The Medics dan Andy Bull, peserta Making Tracks yang lain. Selepas seharian keraian muzikal, pasangan ini akan beredar untuk makan malam di restoran dermaga dalam Circular Quay.

Opera House, NSW

Hari 5 – Taman Botani
Luke dan Desmond akan menghabiskan pagi terakhir mereka mengingati kembali pengalaman Sydney sambil bersiar-siar menerusi Taman Botani yang indah bersebelahan pelabuhan.

Jadual Perjalanan Australia Barat

Mengembara bersama Luke dan Desmond sambil mereka meneroka tempat-tempat yang tidak dapat dilupakan seperti Kings Park di Perth dan Cottesloe Beach dan bandar emas bersejarah Kalgoorlie.

Cottesloe Beach, WA

Hari 1 – Perth dan Cottesloe Beach
Desmond dan Luke akan disambut di lapangan terbang Perth pada lewat tengah hari. Dengan gaya selebriti sebenar, mereka akan disambut dengan limosin! Selepas selesa di penginapan mewah mereka di Mount Lawley, pasangan ini akan keluar untuk makan malam makanan laut di sepanjang Cottesloe Beach. Dengan pantai pasir putihnya yang luas dan taman-taman yang lembut dan berteres, Cottesloe merupakan salah sebuah pantai paling popular di Perth. Luke dan Desmond boleh menyelami suasana musim panas yang santai sambil melihat matahari terbenam ke dalam Lautan Hindi. Dengan imaginasi muzikal mereka dirangsang, pasangan ini akan kembali ke penginapan mereka untuk meluang masa mengenang kembali dan mencipta muzik.

Rockingham, WA

Hari 2 – Rockingham
Selepas sarapan pagi awal, Desmond dan Luke akan bertolak ke Rockingham, selatan sedikit daripada Perth, untuk menghabiskan hari pagi berenang bersama-sama dolfin liar. Lawatan ini bermula dengan pelayaran di teluk-teluk dan pantai berselindung di kawasan itu untuk memerhatikan beberapa ekor daripada 180 dolfin yang kerap ke perairan ini. Luke dan Desmond kemudiannya akan mendapat peluang untuk menyelam dan menyertai haiwan yang menyeronokkan ini, haiwan dengan sifat ingin tahu yang meluru menerusi ombak, memercik air dan bersiul. Pemandu yang berpengalaman boleh menunjukkan kelakuan yang menarik - dolfin mengguna ikan pari stingray untuk menangkap makanan mereka, ibu yang menyusu anak dolfin dan dolfin jantan yang cuba menarik perhatian bakal pasangannya dengan pertunjukan udara. Selepas pengalaman bawah air yang mengagumkan ini, pasangan ini akan mempunyai tengah hari yang senyap untuk berkolaborasi sebelum makan malam yang mengenyangkan dan santai di laman hotel.

Kings Park, WA

Hari 3 – Kings Park
Pada hari ini pasangan ahli pemuzik akan meneroka Kings Park dan Taman Botani Perth dengan pemandu Aboriginal tempatan, Noel Nannup. Tribal Elder bagi orang Nyoongar, Noel akan berkongsi cerita Dreaming zaman silam di landskap ini – jaluran belukar tebal dan taman-taman diperkemas yang menghala ke arah bandar raya Perth dan Swan River. Makan tengah hari dihidangkan di restoran taman, jadi Desmond dan Luke boleh menikmati pemandangan sambil melihat menu yang kaya dengan makanan laut, hasil keluaran dan wain Australia Barat. Tengah hari mereka akan diluangkan untuk menjalin idea muzikal mereka, sebelum makan malam dan minum di Mount Lawley. Pasangan ini akan mendapat peluang untuk membuat persembahan di lounge santai champagne mewah sebelum menikmati ahli muzik tempatan di salah satu kelab jaz paling menarik di Perth.

Kalgoorlie, WA

Hari 4 – Kalgoorlie
Selepas sarapan pagi, Luke dan Desmond akan terbang ke Kalgoorlie, bandar pencarian emas terbesar di Australia, yang diasaskan semasa kerubut emas 1880-an. Hari ini syarikat perlombongan bernilai berjuta dolar telah menggantikan pencari gali emas dengan matanya yang bercahaya, namun suasana romantik kerubut emas masih segar pada bangunan lama yang hebat, pub bersejarah dan muzium di Kalgoorlie. Desmond dan Luke akan mengambil lawatan warisan menerusi bandar ini, sebelum makan tengah hari dalam perjalanan ke bandar hantu Gwalia. Di sini mereka akan menemui peninggalan menarik lombong emas dalam kotej, pondok dan kedai yang terbiar. Secara kontrasnya, mereka akan menginap semalaman di rumah agam gaya lama Hoover House, yang dibina oleh Presiden Amerika, Herbert Hoover pada tahun 1898 sebagai kediaman peribadinya. Sebelum bersara Desmond dan Luke boleh berkongsi idea untuk gubahan muzik mereka semasa makan malam di pub.

Lake Ballard, WA

Hari 5 – Lake Ballard dan The Gormleys
Pada hari ini Desmond dan Luke akan menuju ke landskap luar dunia dan teaterikal di Lake Ballard. Dataran garam yang putih dibarisi 51 arca besi hitam yang dihasilkan oleh artis tersohor, Antony Gormley. Dibangunkan untuk ulang tahun ke-50 Festival Kesenian Antarabangsa Perth, arca-arca ini mempamerkan gaya kontemporari kepada budaya Aboriginal Australia Barat, menghubungkan tanah ini dan orangnya. Ia juga akan menyediakan latar yang mengagumkan bagi ahli muzik Making Tracks ini, yang akan membuat persembahan di atas Conical Hill, pada pinggir Lake Ballard. Selepas persembahan live yang menakjubkan ini, Luke dan Desmond akan terbang di atas arca-arca ini dengan penerbangan pemandangan indah melalui helikopter. Pasangan ini akan kembali ke Kalgoorlie untuk makan malam perpisahan terakhir mereka.


sapcer
Making Tracks

Bertemu ahli muzik ini

A Luke Webb (guitar)
A Desmond NeySmith (cello)
A Andy Bull (piano, keyboard, organ)
A Irene Chen (clarinet)
A Dewayne Everett-Smith (guitar)
A Jasmine Beams (viola)
A Stu Cullen (piano, guitar)
A Samuel Blair (bassoon)

Ikuti bersama perjalanan mereka

A Luke dan Desmond
A Andy dan Irene
A Dewayne dan Jasmine
A Stuart dan Samuel
  sapce

sapcer

Idea Australia selanjutnya

Sydney

Sydney
Lihatlah pelabuhan Sydney yang cantik, gaya hidup luarnya yang menggoda dan keindahan semula jadinya yang menawan. Pelajari lebih lanjut

New South Wales

New South Wales
New South Wales mempunyai pantai tanpa penghujung yang tidak tercemar, khazanah semula jadi yang mengagumkan dan merupakan salah satu bandaraya di dunia yang ceria dan terkenal. Pelajari lebih lanjut

Perth

Perth
Belayar di Swan River melepasi taman dan pencakar langit ke 40 buah ladang anggur di Swan Valley atau ke Perth Zoo. Pelajari lebih lanjut

South-West, Beaches and Goldfields

Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas
Barat Daya, Pantai dan Lapangan Emas Ketahui landskap barat daya Australia yang pelbagai jenis serta memukau. Pelajari lebih lanjut

sapcer
Rancang kunjungan anda
A Cari Ejen Pelancongan berdekatan anda
A Penginapan
A Tarikan
A Maklumat Destinasi
A Perkhidmatan Maklumat
A Sewa
A Lawatan
A Pengangkutan
A Acara-acara
  sapce

sapcer
Muat turun

Download their itineraries

A Download New South Wales itinerary
A Download Western Australian itinerary
  sapce