|
|
Jadual perjalanan Wilayah Ibu Negara Australia
Menaiki belon udara panas hingga ke pengalaman hidupan liar, ketahui apa yang dirancang untuk kunjungan Stu dan Samuel ke ibu negara Australia, Canberra. |
 |
Hari 1 – Canberra
Samuel dan Stu akan tiba di ibu negara Australia pada lewat tengah hari, dan akan mendapat sedikit masa untuk mengembara sebelum permulaan jadual rasmi mereka. Canberra menempatkan Parlimen Persekutuan Australia dan menjadi khazanah muzium dan galeri nasional. Bandar raya ini terbentang luas dari pesisiran tasik Burley Griffin dan turut dikenali dengan taman-taman serta hutan belukar aslinya. Perjalanan yang pendek dari bandar raya membawa pengunjung ke kilang wain, bandar desa yang sunyi, taman negara dan tanah tinggi Alps Australia |
 |
Hari 2 – Tarikan Canberra
Pasangan ahli muzik ini akan memulakan hari mereka dengan penerbangan belon udara panas waktu fajar di atas bandar raya. Ini merupakan cara yang memukau untuk melihat tarikan-tarikan Canberra, termasuk bangunan nasional ikonik seperti Rumah Parlimen Lama dan Baru, Galeri Nasional, Muzium Nasional dan Memorial Perang. Stu dan Samuel pasti akan mendengar gubahan muzik baru semasa mereka terapung di atas Tasik Burley Griffin yang bergemerlapan dan melihat cahaya pagi yang lembut menerangi lembah di sekitar. Mereka akan menghabiskan waktu tengah hari mereka dengan meneroka Galeri Nasional Australia, yang mempamerkan taman arca dan koleksi seni Orang Asli yang amat banyak. Sejumlah 13 galeri kini mempamerkan lebih 7,500 hasil kerja, dari lukisan dot dan bark hinggalah ke warna air, tekstil, cetakan, seramik dan arca. |
 |
Hari 3 – Namadgi, Tidbinbilla dan angkasa lepas!
Selepas sehari suntuk mendalami budaya, Stu dan Sam akan meluangkan hari ini untuk mendapatkan inspirasi daripada persekitaran alam semula jadi Canberra. Ia mengambil masa 45 minit jarak memandu ke Taman Negara Namadgi, belantara berbatu di Alps Australia yang luas. Pasangan ahli muzik ini boleh mengikuti jejak berjalan untuk menemui tapak perkhemahan, aturan batu istiadat dan tapak seni batu peninggalan orang Ngunawal dari lebih 20,000 tahun yang lalu. Mereka akan meneroka Kawasan Simpan Semula jadi Tidbinbilla berdekatan, yang turut mempunyai peninggalan budaya Orang Asli yang kaya dan hidupan liar yang banyak. Selepas bangun tidur berdekatan koala, emu, kanggaru, wombat, wallaroo dan possum, pasangan ini akan melawat Kompleks Komunikasi Angkasa Lepas Dalam Canberra. Di sini mereka boleh melihat batu bulan yang sebenar dan mendengar bunyi sains fiksyen seperti bunyi digital, bunyi putih dan gubahan orkestra galaksi. |
 |
Hari 4 – Haiwan dan kerja seni
Lebih banyak interaksi haiwan menunggu pada hari ini, apabila ahli muzik ini melawat Zoo Nasional dan Akuarium. Mereka mungkin mengubah kod dalam minda mereka sambil memberi makan harimau, melihat singa putih mengaum, dililit ular sawa atau melihat ke atas leher zirafah yang cantik. Untuk pertemuan yang lebih dekat, pasangan ini boleh memilih untuk memasuki kurungan harimau bintang dengan pembimbing. Pasangan ini akan meluangkan baki hari mereka di Canberra Glassworks di Kingston Powerhouse yang bersejarah. Di sini mereka boleh melihat pameran, melihat artis mencipta hasil kaca dan juga membuat objek kaca mereka sendiri. Mereka juga akan diperkenalkan ke alam bunyi pembuatan kaca yang unik, gabungan bertenaga bunyi kaca retak, api yang marak dan gema industri. Lawatan Samuel dan Stu akan berakhir dengan simfoni yang memberi inspirasi ini bergema dalam telinga mereka. |
Jadual perjalanan Queensland
Ketahui apa yang bakal ditemui Stu dan Samuel di Sunshine Coast, dari pemanduan kenderaan empat roda di Pulau Fraser hingga ke melawat ladang wain dan perkampungan daerah pedalaman. |
 |
Hari 1 – Noosa
Pasangan ahli muzik ini akan memulakan percutian Noosa mereka dengan kembara pemandangan indah menerusi Taman Negara Noosa, pesisiran pantai liar yang terjulur ke laut. Mereka boleh melihat koala dan unggas eksotik sambil mereka berjalan menerusi belukar, melalui pantai dan kawasan pemerhatian pesisiran yang panoramik. Seterusnya mereka akan belayar santai di sekitar Noosa Sound dan menaiki bot laju sepanjang Sungai Noosa, melepasi Noosaville, Tewantin, Lake Cooroibah dan Lake Cootharaba. Secara alternatifnya, pasangan ini boleh memilih untuk tunggangan kuda mewah sepanjang Pantai Noosa North Shore dan menerusi Sunshine Coast Hinterland. Di waktu petang mereka akan menikmati makanan laut Sunshine Coast yang terkenal sepanjang Hastings St, yang dibarisi butik bergaya, bistro dan apartmen berhadapan pantai. |
 |
Hari 2 – Pulau Fraser
Stu dan Samuel akan meluangkan seharian meneroka Fraser Island yang merupakan pulau pasir terbesar di dunia dan tersenarai dalam Warisan Dunia dan merupakan salah satu tarikan utama Sunshine Coast. Ini merupakan wilayah 4WD, dan perjalanan 4WD pertama pasangan ini sememangnya menyeronokkan dan akan membawa mereka ke pasir berwarna Rainbow Beach. Selepas minum teh pagi berhampiran tebing berbilang warna, mereka akan mengambil perjalanan barj ke Inskip Point, di mana pasangan ini boleh melihat dolfin yang mesra. Kemudian mereka akan melalui lebuh raya berpasir di 75 Mile Beach, yang membawa mereka ke pedalaman keEurong Village yang indah, hutan hujan Central Station dan tasik air tawar menakjubkan pulau ini. Samuel dan Stu akan menikmati makan tengah hari sambil bersantai di tepi air kebiruan Lake McKenzie atau Lake Birrabeen sebelum kembali ke pusat peranginan mewah mereka di Kingfisher Bay. |
 |
Hari 3 – Maleny
Selepas jalan-jalan pada waktu pagi sepanjang pantai putih Fraser Island yang mengagumkan, Sam dan Stu akan mengambil bot kembali ke tanah besar. Seterusnya pada jadual perjalanan ialah kampung Maleny, di desa pedalaman Sunshine Coast. Di sini kedua mereka akan mempelajari cara untuk menggunakan keluaran segar wilayah ini semasa pelajaran memasak dengan chef tempatan yang terkenal, Pau Blain. Mereka kemudiannya boleh bersiar-siar di jalan-jalan Maleny dan Montville yang berdekatan, melihat galeri seni, butik menarik, kilang wain dan tempat makan zaman baru. Perhentian mereka yang seterusnya adalah pusat peranginan mereka di Caloundra, bandar percutian yang tenang dengan pantai yang tidak sibuk dan pemandangan Glasshouse Mountains. Pasangan ini boleh bersiar-siar menerusi Pantai Bulcock dan Taman Negara Pumicestone Passage sebelum makan malam terbuka yang santai. |
 |
Hari 4 – Caloundra & Zoo Australia
Samuel dan Stu boleh mengingati kembali perjalanan mereka semasa bersiar-siar di tanjung tinggi Caloundra yang menakjubkan. Pagi mereka akan diluangkan untuk sama ada belajar meluncur di Happy Valley atau meneroka laluan air wilayah tersebut yang dibarisi pokok bakau melalui jet ski. Lawatan dengan jet ski akan melalui Moreton Bay Marine Park dan sepanjang laluan air Glasshouse Mountains. Baki hari akan diluangkan dengan haiwan-haiwan asli Australia dalam lawatan menerusi Australia Zoo, yang diasaskan pada 1970 oleh Steve Irwin dan keluarganya. Mereka akan memeluk koala, memberi makan kepada gajah dan mencari ular serta buaya gergasi. Mereka juga boleh meneroka salah satu daripada hospital hidupan liar yang terbesar di dunia dan mempelajari mengenai inisiatif perlindungan haiwan tempatan. Kemudian mereka akan pulang ke pusat peranginan, di mana mereka boleh berdebat mengenai persoalan besar dalam muzik dan alam sekitar sewaktu koktel sebelum makan malam. |
|
|
Idea Australia selanjutnya
Canberra
Canberra Ketahui budaya, sejarah dan cara hidup Australia di ibu negara kami. Pelajari lebih lanjut
Namadgi National Park
Terokai Namadgi National Park di Alps Australia – dunia yang dipenuhi tanah belukar sunyi, pemandangan yang mempesonakan dan sejarah kaya Orang asli yang terletak hanya 45 minit berkereta dari Canberra. Pelajari lebih lanjut
Fraser Island
Selamat datang ke Fraser Island yang tersenarai dalam Warisan Dunia dan merupakan pulau pasir terbesar di dunia. Pelajari lebih lanjut
Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik, QLD
Laluan Pelancong Pinggir Pantai Pasifik Alami sebahagian daripada tarikan pinggir pantai terbesar Queensland- dari Terumbu Sawar Besar yang tersenarai sebagai Warisan Dunia ke pulau dan taman negara hutan hujan yang asli.
Pelajari lebih lanjut
|
|
|
|