|
Alps Australia
Di benua yang kebanyakannya kering dan mendatar, tiada perkara lain dapat menyamai cabaran di Alps Australia yang bersalji dan dipenuhi gunung-ganang. Ketahui lebih lanjut |
|
Hutan Pesisir Pantai Australia
Meliputi dari hujung South Coast di New South Wales ke Gippsland timur di Victoria, Hutan Pesisir Pantai Australia ialah tempat bertemunya hutan tinggi, tasik dan pantai. Ketahui lebih lanjut |
|
Green Cauldron Australia
Temui Mount Warning (Wollumbin) di Green Cauldron Australia, sebuah landskap gunung berapi purba yang sekarang dilitupi dengan hutan hujan Gondwanan. Ketahui lebih lanjut |
|
Red Centre Australia
Anda boleh terlupa diri anda dan mendapati diri anda di Red Centre Australia, tempat yang kaya dengan budaya Orang Asli dan keindahan pedalaman yang lasak. Ketahui lebih lanjut |
|
Flinders Ranges
Jejaki sebuah kisah seusia bumi di banjaran gunung terbesar di Australia Selatan. Ketahui lebih lanjut |
|
Great Barrier Reef
Rancakkan deria anda dan ilhamkan jiwa anda dengan lawatan ke Great Barrier Reef yang tersenarai dalam Senarai Warisan Dunia, sistem terumbu karang yang terbesar di dunia dan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Alam Semula jadi. Ketahui lebih lanjut |
|
Great Ocean Road
Saksikan pendedahan drama alam semula jadi di setiap susur jalan sepanjang Great Ocean Road, yang menganjur sepanjang Southern Ocean yang hebat dari Geelong ke Portland. Ketahui lebih lanjut |
|
Greater Blue Mountains
Anda pasti menyukai Greater Blue Mountains World Heritage Area – satu juta hektar yang terdiri daripada cenuram, tebing, lembah, air terjun dan hutan belukar yang hanya 90 minit pemanduan dari Sydney. Ketahui lebih lanjut |
|
|
Great South West Edge
Perkayakan diri anda di kawasan Great South West Edge yang luar biasa dan pelbagai bio, yang terbentang sepanjang kawasan terpencil pantai barat daya Australia Barat. Ketahui lebih lanjut |
|
Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman
Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman adalah kawasan dengan perbezaan yang menakjubkan - kawasan tropika dan subur di beberapa tempat, sementara yang lain merah dan tandus. Ketahui lebih lanjut |
|
Kangaroo Island
Temui haiwan pribumi di tengah-tengah suasana alam semula jadi yang belum tercemar di Kangaroo Island, yang boleh dikunjungi dari Adelaide. Lihat anjing laut di atas pasir Seal Bay dan penguin berjalan terkedek-kedek ke pantai di Penneshaw. Ketahui lebih lanjut |
|
Ningaloo-Teluk Shark
Bebaskan semangat anda di Teluk Shark di Coral Coast, Australia Barat, di mana perairannya yang disenaraikan dalam Warisan Dunia bergabung dengan kehidupan marin di hujung landskap yang liar dan merah. Ketahui lebih lanjut |
|
Sydney Harbour
Sydney merupakan sebuah bandar yang dibentuk oleh pelabuhan semula jadinya yang menakjubkan.
Ketahui lebih lanjut |
|
Warisan Pulau Tasmania
Landskap Warisan Negara Pulau Tasmania merupakan belantara yang asli dan indah namun mudah diziarahi, ia terdiri daripada pinggir pantai yang luar biasa, hutan tebal dan pergunungan yang diliputi salji. Ketahui lebih lanjut |
|
The Kimberley
Biarkan diri anda terpegun dengan Kimberley, sebuah kawasan di penjuru barat laut terpencil Australia. Sertai epik yang tak lapuk dek zaman ini, dengan struktur batu berceranggah, jalan air raksasa dan laut yang bercahaya. Ketahui lebih lanjut |
|
Tropika Lembap
Landskap Negara Tropika Lembap yang terbentang dari hutan hujan Daintree hingga ke Tablelands merupakan destinasi mempersona dan menarik minat yang memukau setiap pelawat yang mengunjunginya.
Ketahui lebih lanjut |
|