Green Cauldron Australia

Print Cetak Halaman

Bersiar-siar di sekitar Mount Warning (Wollumbin) di Green Cauldron Australia – tinggalan lapisan gunung berapi yang sekarang merupakan hutan hujan Gondwanan. Kaldera yang luas ini mengunjur dari Byron Bay hinggalah ke Gold Coast dan ke barat menuju ke arah Great Dividing Range (Banjaran Pemisah Besar). Bersiar-siar sekitar kaki Mount Warning (Wollumbin) dan melalui taman-taman negara yang tersenarai sebagai Warisan Dunia seperti Lamington, Border Ranges, Springbrook dan Nightcap. Kenalpasti burung dan haiwan yang jarang ditemui di hutan hujan sub-tropikal dan lawati komuniti zaman baru yang kreatif. Pandu kenderaan melalui Rainforest Way sekitar rantau pelbagai-biologi ini dan bongkar cerita sucinya dengan pemandu Orang Asli.

Lima cara untuk sampai ke Green Cauldron Australia

Northern Rivers NSW
Nightcap National Park, NSW
1. Redahi melalui liku-liku taman negara yang mengagumkan

Berjalan di atas Lyrebird Track di sekeliling kaki Mount Warning (Wollumbin) dan mendengar suara burung Lyrebird Albert yang amat sukar ditemui. Susuri berbagai-bagai laluan berliku yang terdapat di dalam hutan hujan sub tropika yang subur di Lamington National Park, kemudian seberangi laluan kanopi yang dipenuhi tumbuhan menjalar dan dipanggil O'Reillys Tree Top Walk. Lakukan treking menuruni lembah dan kemudian mendaki ke peninjau dengan pemandangan yang begitu indah di Springbrook National Park. Daki Peninjau Pinnacle, di pinggir Wollumbin Crater yang amat besar, di Border Ranges National Park. Setelah itu, berkelah di tengah-tengah hutan pepohon beech Antartika di taman tersebut. Daki cerun Mt Maroon, Mt Barney, Mt Mitchell dan Mt Cordeaux berhampiran Beaudesert. Mengembara berjalan kaki melepasi air terjun dan anak-anak sungai sambil menikmati pemandangan Nightcap Range di Nightcap National Park yang indah.

 
Northern Rivers NSW
Byron Bay, NSW
2. Kurangkan kelajuan sambil anda menuruni cerun ke pekan-pekan pedalaman
Makan di kafe art-deco di Murwillumbah, yang berlatarkan Mount Warning (Wollumbin) yang menjulang megah. Kemudian memandu di atas Mount Warning Circuit melalui perkampungan bersejarah Uki dan Tyalgum atau pandu melalui Tweed Range Drive ke Kyogle dan Lismore. Berehat di spa kesihatan di Ballina di pedalaman atau belajar luncur air di Byron Bay. Layari Tweed River dari Kingscliff atau berenang, meluncur air atau memancing dari pantai berpasir putih bersih yang lebar. Dapatkan bacaan aura anda dan rasai makanan biodinamik di pekan-pekan Wilayah Rainbow seperti Casino, Kyogle, Lismore dan Nimbin.
 
Kookaburra
Kookaburra
3. Temui haiwan tempatan

Berkelah bersama-sama kanggaru, koala, quoll ekor berbintik dan tupai terbang di Mount Warning National Park. Beri perhatian kalau anda dapat mendengar panggilan mengawan burung whip jantan dan panggilan lybird Albert yang suka meniru. Intip burung rufous scrub yang amat sukar ditemui, merpati wompoo dan frogmouth marmar. Di Border Rangers National Park, tempat asal kepada kepadatan tertinggi spesis marsupial Australia, anda akan temui belut laut Echidna, bandicoot, platipus, pademelon, possum dan musang terbang. Anda dapat melihat ikan lelumba bermain-main di dalam air serta penghijrahan tahunan ikan paus kelasa dari Kingscliff dan Byron Bay.  

 
Mt Warning, Wollumbin NSW
Mt Warning, (Wollumbin), NSW
4. Hayati alam semula jadi di Rainforest Way

Pandu melalui Rainforest Way, yang berupa turutan lingkaran dan laluan yang menghubungkan serangkaian Taman Negara yang tersenarai sebagai Warisan Dunia. Lihat tanah ladang dan hutan Gondwanan sehijau zamrud yang terletak di Tweed Range Scenic Drive sepanjang pinggir bahagian atas caldera purba Mount Warning (Wollumbin). Lintasi Banjaran Pemisah Besar dan berhenti seketika di puncak Richmond Range untuk melihat palam gunung berapi sehingga sayup mata memandang. Terokai Boonah atau daki cerun berbatu batan di Mount French National Park yang terletak di laluan Main Range Kunjungi Tamborine Mountain di pedalaman Gold Coast, atau berkelana melalui Nimbin untuk tiba di Air Terjun Minyon yang tinggi di Nightcap National Park.

   
Fireside Corrooboree, Currumbin
Fireside Corrooboree, Currumbin
5. Berhubung dengan kebudayaan kehidupan Orang Asli

Lawati pusat kebudayaan Orang Asli di South Tweed Heads dan atur lawatan kebudayaan berpemandu melalui Ukerebagh Nature Reserve bersebelahan. Di utara Gold Coast, anda boleh berkayak ke South Stradbroke dan Wavebreak islands bersama pemandu suku Balunjali. Snorkel bersama ikan pari, pergi berburu walabi paya emas dan makan tengahari dengan makanan orang tempatan. Di Gold Coast juga, Currumbin Wildlife Sanctuary menyediakan pertunjukan harian tarian Orang Asli dan malamnya pula upacara unggun api corroboree. Sertai lawatan kebudayaan malam melalui Springbrook National Park bersebelahan, melawati gua cacing bersinar dan mendengar cerita taburan bintang Dreamtime.

Kembali ke Landskap Kebangsaan Australia

 

 

Lebih Lanjut mengenai Idea Australia
A Byron Bay
A Laluan Pelancongan Pacific Coast, NSW
A Gold Coast Hinterland Great Walk, QLD
A Perjalanan
  sapce

sapcer
Rancang perjalanan anda ke Green Cauldron (Kawah Hijau) Australia
A Cari Ejen Pelancongan berdekatan anda
A Penginapan
A Tarikan
A Maklumat Destinasi
A Perkhidmatan Maklumat
A Sewa
A Cari Lawatan
A Pengangkutan
A Acara-acara
  sapce

sapcer
Banjaran Alp Australia | Hutan Pesisir Pantai Australia | Green Cauldron (Kawah Hijau) Australia | Red Centre Australia Banjaran Flinders | Great Barrier Reef
| Great Ocean Road | Greater Blue Mountains | Great South West Edge | Utara Australia yang tidak lapuk dek zaman
Kangaroo Island| Ningaloo-Teluk Shark| Sydney Harbour | Warisan Pulau Tasmania | The Kimberley | Tropika Lembap
Landskap Kebangsaan Australia

Dasar Privasi | Terma dan Syarat | Maklum Balas