Australia. Tiada yang seumpamanya


 

Pengalaman dan tarikan Kimberley

Argyle Diamonds

Lombong Berlian Argyle adalah pembekal berlian yang terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira 30 juta karat berlian setiap tahun daripada tempat operasinya di kawasan East Kimberley yang berceranggah. Berlian Argyle boleh didapati dalam pelbagai warna - termasuk putih, champagne dan merah jambu. Argyle merupakan sumber utama berlian merah jambu yang sukar ditemui
di dunia, dan ia merupakan batu terkenal syarikat ini. Lihat pelbagai peringkat pengeluaran dan pemprosesan berlian dalam lawatan ini, lawati kedai di mana cenderamata Argyle dan berlian Argyle boleh dibeli. Slingair mengendalikan penerbangan pemandangan dan lawatan berhelikopter dari Kununurra yang akan mengunjungi Taman Negara Purnululu, Banjaran Bungle Bungle, Tasik Argyle dan Lombong Berlian Argyle. Anda boleh juga berlepas dari El Questro atau Home Valley. Nota: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan berada di tapak lombong.

CLOSE