Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat Kimberley yang mengagumkan

Lihat tarikan Australia Barat

Bungle Bungles

Bungle Bungle Ranges

Terletak jauh di barat laut Australia, Banjaran Bungle Bungle di Purnululu National Park yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia adalah salah satu rahsia Australia yang tersimpan rapi.

Selama lebih dari 350 juta tahun, kuasa alam telah membentuk ciri-ciri geologi misteri di landskap prasejarah ini. Selain daripada komuniti Orang Asli Kija, hanya beberapa orang tahu kewujudannya sehingga tahun 1980-an.

Terokai dunia penuh rahsia jauh di barat laut Australia

Kubah-kubah raksasa berwarna oren berbelang hitam menjulang naik dari tanah dan membentuk landskap aneh yang berbeza daripada apa sahaja yang pernah anda lihat.

Salah satu cara terbaik untuk menikmati skala keajaiban alam semula jadi ini adalah dengan menaiki penerbangan. Ketika anda berjalan-jalan di banjaran ini, rangkaian berselirat kubah-kubah berbelang harimau menampakkan dunia tersembunyi yang dipenuhi gaung-gaung besar yang dibarisi pohon palma yang megah, air terjun bermusim dan kolam-kolam yang tenang.

Berdasarkan lagenda Aborigine Dreamtime, kubah berbentuk sarang lebah yang membentuk banjaran Bungle telah dihasilkan oleh Ular Pelangi ketika ia menjalar merentasi landskap ini. Orang-orang asli telah menggunakan kawasan ini untuk upacara suci mereka selama kira-kira 20,000 tahun.

Perjalanan bersama pemandu arah Orang Asli menghidupkan semula sejarah banjaran ini. Berkhemah di bawah bintang-bintang atau luangkan beberapa hari
di Lodge Bungle Bungle Wildernes yang telah memenangi anugerah. Terokai rahsia akustik Cathedral Gorge. Pandu kenderaan pacuan empat roda merentasi muka bumi berceranggah dan mengembara dengan berjalan kaki melalui gaung-gaung
yang dicipta selama berjuta-juta tahun.

Bungle Bungles adalah tempat terhebat untuk pengembaraan kawasan pedalaman Australia.

CLOSE