Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Canberra

Galeri Kebangsaan Australia

Lawati pusat koleksi seni kebangsaan Australia, termasuk galeri yang direka bentuk khusus untuk mempamerkan koleksi seni Orang Asli terbesar di dunia. Lihat lukisan cat air lembut Albert Namatjira, lukisan awal titik Papunya, lukisan oker tebal daripada Kimberley dan kerja sezaman penuh dengan politik oleh artis urban. Pameran tetap dan antarabangsa yang bersilih ganti, dan juga program umum dan acara-acara diadakan sepanjang tahun. Kemasukan ke galeri adalah percuma. Lawatan berpandu percuma tersedia pada setiap hari kecuali pada Hari Krismas.

 

CLOSE