Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Canberra

Muzium Negara Australia

Raikan budaya penceritaan Australia. Anda akan kagum dengan apa yang ada dalam muzium yang menonjol ini. Anda akan menjumpai pusat Phar Lap di Landmarks, galeri yang dibuka baru-baru ini, hinggalah ke harimau Tasmania yang diawet dan syiling cenderamata yang mengharukan yang diukir oleh banduan yang dipindahkan ke Australia dari England. Muzium ini menganjurkan beberapa pameran yang menarik sepanjang tahun. Luangkan masa yang mencukupi untuk melihat koleksi Orang Asli yang sangat mengagumkan di Gallery of First Australians yang menampilkan salah satu koleksi lukisan kulit kayu yang paling bermakna di dunia. Kemasukan ke Muzium Negara Australia adalah percuma.

CLOSE