Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Canberra

Institut Sukan Australia

Program latihan atlet elit di Institut Sukan Australia meningkatkan langkah dalam persediaan
ke Sukan Olimpik London 2012. Lihat beberapa aksi terbaik kami dalam lawatan penuh inspirasi selama 90 minit bersama seorang atlet elit. Anda akan memperoleh gambaran kehidupan di institut di mana para atlet ini mengejar kegemilangan sukan. Saksikan bintang sukan daripada platform tinjau ke dalam gimnasium, lihat pemain bola tampar kami sedang beraksi dan perhatikan para perenang kami melakukan pusingan di dalam kolam renang bernilai jutaan dolar dan berteknologi tinggi. Uji kemahiran anda dalam bola sepak, kriket, mendayung, meluncur ski dan banyak lagi dalam pameran Sportex interaktif yang menyeronokkan.

CLOSE