Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Canberra

Parliament House

Lawati Parliament House, salah satu daripada bangunan yang diiktiraf seni binanya di dunia dan dapatkan gambaran di mana semua keputusan paling penting dibuat dalam negara. Kagumi tiang bendera besar dengan bendera Australia yang lebih besar daripada bas dua tingkat. Jangan ketinggalan untuk menikmati pandangan panoramik Canberra dari bumbung, berjalan melalui taman dengan landskap yang cantik dan nikmati koleksi seni kontemporari Australia yang terkenal. Anda juga dapat melihat prosiding Senat dari galeri awam apabila mereka sedang bersidang. Lawatan berpandu percuma juga diadakan secara tetap sepanjang hari. Kemasukan ke Parliament House adalah percuma.

CLOSE