Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kimberley

Pantai Cable Resort Broome

Dengan pertemuan pasir putih dan air laut berwarna firus merentasi sejauh 22 kilometer, Cable Beach di Broome terbukti terkenal di seluruh dunia dan merupakan tempat yang paling ideal untuk berenang dan melihat matahari terbenam di Lautan Hindi pada malam tropika. Bersantai di bawah sinaran matahari, sewa jet ski, sertai pelayaran kapal persiaran atau menikmati pengalaman Broome yang unggul - bersiar di Cable Beach di atas seekor unta pada waktu senja. Satu-satunya tempat peranginan di Broome terletak pada Cable Beach, iaitu Cable Beach Club Resort dan Spa yang memenangi anugerah. Resort ini menggabungkan pengaruh budaya dan seni pembinaannya yang unik. Terletak di dalam kawasan taman yang menakjubkan, adalah pelbagai pilihan penginapan termasuklah vila peribadi dan suite mewah dilengkapi dengan butler persendirian. Terdapat dua kolam renang - satu khas dikhususkan untuk orang dewasa. Berehat di dalam spa atau di tempat meditasi 'Buddha Sanctuary'. Nikmati sarapan, makan tengah hari atau makan malam di salah satu daripada empat restoran dan bar yang amat berlainan dan tersendiri.

 

 

CLOSE