Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat Kimberley yang mengagumkan

Lihat tarikan Australia Barat

Cape Leveque

Cape Leveque

Cape Leveque adalah jauh dan syurga terpencil tersembunyi di titik paling utara Semenanjung Dampier, di kawasan Kimberley, Australia Barat.

Penuh gemilang dengan air yang berkilau dan puncak cenuram kemerahan, ia benar-benar terpencil dari serata dunia dan hanya boleh dikunjungi melalui udara atau kereta pacuan empat roda dari Broome.

Kenali warisan Orang Asli di kejauhan barat laut Australia

Cape Leveque mempunyai warisan Orang Asli yang kuat, telah bertapak di sini sejak kira-kira 7000 tahun yang lalu.

Kooljaman di Cape Leveque merupakan salah satu daripada beberapa belaian tempat peranginan eko, terdapat di merentasi landskap yang menarik ini. Khemah mewah gaya belantara unik ini dikongsi milik oleh Djarindjin dan komuniti Orang Asli One Arm Point. Di sini anda boleh menyelaminya sendiri dalam kawasan Pendalaman Australia dan menikmati pelbagai jenis pengalaman berasaskan alam semula jadi dan budaya peribumi.

Berjalan jauh menyusuri pantai yang terlindung atau menerokai terumbu karang sewaktu air surut. Dari bulan Julai hingga Oktober, ikan paus kelasa yang dalam perjalanan ke selatan akan dapat dilihat tidak jauh dari pantai.
Terokai air yang biru serta kawasan pinggir laut dengan kapal berdasar kaca dan melihat indahnya ikan-ikan tropika, karang dan kehidupan laut yang berwarna-warni.

Sertai pemandu Orang Asli tempatan dalam pelancongan makanan asli bush tucker dan mempelajari membuat lembing untuk kegunaan upacara. Kemudian, anda boleh menggunakan lembing tersebut untuk menangkap ikan atau mencari ketam lumpur mengikut tradisi purba. Makan malam barbeku gourmet yang dihantar oleh ‘pelayan belantara’ anda dengan berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam yang sangat indah.

Sehingga ini antara hobi yang paling popular di Cape Leveque adalah dengan tidak berbuat apa-apa kecuali meresapi diri anda dengan ketenangan dan menikmati keindahan kawasan sekeliling.

CLOSE