Australia. Tiada yang seumpamanya

The Kimberley - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan empat hari ini menjelajahi kawasan terpencil Kimberley di barat Australia dan banjaran Bungle Bungle di Taman Negara Purnululu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Alami pengalaman di ladang lembu yang masih diusahakan, rumah ladang dan kem mewah belantara, bersama pengalaman makanan yang sama menariknya dengan pemandangan menakjubkan dan langit berbintang yang tiada penghujungnya.

Nota: Iklim Kimberley dapat dikenali melalui musim lembap dan keringnya yang nyata. Bulan Mei hingga Oktober adalah musim kering. Bulan November hingga April adalah musim hujan. Sewaktu musim hujan, perancangan lawatan dan lawatan adalah bergantung kepada cuaca.

Hari pertama [PG]

Tiba di Lapangan Terbang Kununurra, Australia Barat dan menuju ke kaunter pendaftaran Slingair untuk penerbangan sambungan ke El Questro.

Slingair Heliwork WA menawarkan penerbangan panorama terbaik di Kimberley. Ia adalah syarikat penerbangan terbesar di Kimberley dan menerbangkan penumpang ke sekitar Bungle Bungle, Mitchell Falls, Broome, Tasik Argyle dan Pantai Kimberley.

Taman Belantara El Questro
Sudah tentunya Taman Belantara El Questro adalah salah satu destinasi percutian yang unik di dunia. Ladang ternakan lembu yang berfungsi dengan kira-kira 5,000 lembu kacukan Brahman dan Shorthorn, El Questro telah dibangunkan pada tahun 1991 untuk menyediakan pengalaman percutian Australia sebenar.

Setelah tiba di El-Questro, tuju terus ke penginapan anda di The Homestead.

The Homestead
Kemewahan di El Questro Homestead sangat berbeza dengan landskap Australia barat Kimberley yang berceranggah. Lepaskan diri dari segalanya sambil menikmati keselesaan tempat peranginan mewah yang kecil yang hanya 100 kilometer jauhnya dari Kununurra.

Hari pertama [PTG]

Aktiviti yang boleh dilakukan semasa lawatan anda termasuklah:

Tangkap ikan Barramundi yang sukar ditemui
Uji kemahiran anda, dan dengan sedikit petua berguna dari renjer, anda mungkin cukup bertuah untuk menangkap Barramundi yang sukar ditemui.

El Questro dari atas
Mungkin satu-satunya cara untuk menikmati keluasan dan kepelbagaian El Questro ialah dengan penerbangan panorama. Penerbangan helikopter pintu terbuka merentasi Banjaran Cockburn, melalui Gaung Pentecost dan Chamberlain, melepasi air terjun malah Homestead sendiri menawarkan pemandangan yang tidak terbanding.

Makanan di The Homestead
Di El Questro Homestead, makanan dan wain juga ialah daya tarikan seperti kawasan liar yang mengelilingi kawasan ini. Setiap hidangan dipenuhi dengan bahan-bahan dengan kualiti dan pedigri yang sangat hebat. Makanan dan minuman termasuk dalam penginapan anda di El Questro Homestead.

Hari Seterusnya>

CLOSE