Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kimberley

Eco Beach Resort

Salah satu destinasi dunia yang paling luar biasa, Eco Beach merupakan sebuah tempat peranginan eko unik berlatarbelakangkan pandangan darat yang asli, hanya sejam memandu ke selatan Broome. Penginapan disediakan melalui eko vila yang mampu berfungsi sendiri dan khemah eko gaya safari. Tarikan utama tempat peranginan ini adalah Jack’s Bar yang terletak menghadap ke laut, yang bercirikan restoran dan dek kolam, dengan kolam infiniti yang mengasyikkan. Nikmati koktel yang menyegarkan dan pilihan makanan yang menarik sambil menikmati pemandangan mengagumkan di salah satu daripada pesisiran pantai terbentang yang terbaik dunia. Bersantai dengan sesi yoga ataupun urutan. Aktiviti termasuk perjalanan di sekelilingi alam sekitar, lawatan peribumi, berkayak, memancing suka-suka, memancing tepi pantai, dan melihat burung. Jack’s Creek dipenuhi hidupan marin manakala pantainya merupakan syurga bagi penyu yang bersarang (dalam musimnya). Eco Beach Resort boleh dikunjungi dengan bas ulang-alik, kenderaan pacuan empat roda, belayar, bot berkuasa tinggi atau helikopter.

 

CLOSE