Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Kimberley

El Questro

Terletak di antara kawasan sejuta ekar stesen lembu ternakan, El Questro Wilderness Park merupakan salah satu daripada destinasi percutian yang unik di dunia, serta menawarkan pengalaman percutian Australia yang cukup tulen. Terdapat tiga jenis penginapan yang ditawarkan: The El Questro Homestead; Emma Gorge Resort dan The Station. Kemewahan eksklusif El Questro Homestead terletak dalam perbandingan yang ketara dengan landskap berceranggah di sekelilingnya. Disediakan untuk tetamu yang meminati, ia menawarkan perkhidmatan dan sajian yang bertaraf tinggi. Tetamu adalah digalakkan untuk memilih antara beberapa lokasi tempat makan, daripada puncak bukit peribadi ke beranda luas rumah ladang, semuanya dihidangkan di bawah kanopi bintang yang berkelipan. Memancing barramundi, menaiki trek kuda, atau menjelajah kawasan terpencil dengan helikopter di mana hanya mereka yang bertuah sahaja yang dapat melihatnya. Dihiasi dengan perabot moden berlatar hiasan Australia yang tulen dan kedesaan, rumah ladang ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk menghargai kecantikan Kimberley.

 

CLOSE