Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat Kimberley yang mengagumkan

Lihat tarikan Australia Barat

El Questro

Taman Belantara El Questro di kawasan pedalaman Timur Kimberley Australia Barat membangkitkan kehidupan tanah purba dengan landskap kepelbagaian luar biasa.
Di sini, banjaran batu pasir berceranggah dan gaung dalam terluluhawa terdampar
di antara kelompok-kelompok hutan hujan dan air terjun yang indah.

Meliputi keluasan satu juta ekar, Taman Belantara El Questro adalah lima kali besarnya daripada saiz pulau Tasmania dan hampir sebesar sebuah negara kecil di Eropah.

Alamilah panggilan belantara di pedalaman Kimberley

Terdapat pelbagai penginapan yang bergaya di tengah-tengah taman, setiap satu mempunyai keunikannya yang tersendiri. Daripada rumah ladang yang eksklusif dengan bilik suite menghadap sungai, ke khemah kabin mewah hinggalah kepada rumah banglo keluarga di mana anda boleh berkhemah di pedalaman sepanjang sungai.

Satu cara terbaik untuk menghargai keluasan dan kepelbagaian El Questro adalah melalui udara. Dengan menaiki helikopter melintasi Cockburn Ranges, melalui Pentecost dan Chamberlain Gorges, ia menawarkan pemandangan yang tiada bandingannya.

Dikelilingi mata air tawar dan muara berair masin di bahagian utara, terlalu banyak kehidupan haiwan, ikan dan burung Australia berkumpul. Ikuti pelayaran persendirian atau berenang di kolam air tawar jernih. Berendam di mata air panas , atau menunggang kuda melalui treknya dan melihat kawasan luar bandar dari sudut pandangan yang baru.

Saksikan matahari terbenam di atas Saddleback Ridge dan kemudian nikmati barbeku cara Australia sambil mendengar muzik secara ‘live’ dan cerita tempatan.

Dibuka daripada bulan April sehingga Oktober, El Questro telah dicipta supaya pelawat dapat mengalami satu daripada perbatasan terakhir dunia dengan bergaya dan selesa.

CLOSE