Australia. Tiada yang seumpamanya

Freycinet - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan beberapa pemandangan dan keajaiban alam semula jadi Tasmania yang paling menakjubkan sambil menginap di tempat mencari ketenangan premium
di belantara. Sama ada anda menginginkan pengembaraan yang mencabar, suasana romantik atau rejuvenasi, anda boleh bersantai atau aktif seperti yang anda mahu dalam persekitaran Semenanjung Freycinet yang menakjubkan dan bandar Hobart yang bersejarah.

Hari ke-3 [PG]

Berlepas dengan bot untuk Pengalaman Setengah Hari Schouten Island. Libatkan diri anda dengan berinteraksi dari dekat dengan burung laut yang mencari makanan, mamalia marin yang suka bermain dan kepelbagaian hidup di terumbu iklim Tasmania semasa anda menjelajah ke Schouten Island menaiki kapal yang dibina khusus milik syarikat ini, Saffire. Pengembaraan ini turut termasuk lawatan ke tapak budaya penting bagi penduduk dahulu dan sekarang.

Hari ke-3 [PTG]

Pada waktu petang, anda boleh memilih antara rawatan spa peribadi di Spa Saffire atau demonstrasi masakan dengan salah satu chef Saffire. 

Makan malam di Restoran Bay, Freycinet Lodge

Dengan lokasi tepian air yang menakjubkan di kaki The Hazards, yang terletak tidak jauh di dalam kawasan Taman Negara Freycinet, Freycinet Lodge adalah tapak yang hebat untuk meneroka semenanjung Freycinet.

Freycinet Lodge yang bertauliah eko yang maju ini adalah bukti nyata bahawa berhubung dengan alam semula jadi tidak semestinya perlu merosakkannya. Freycinet Lodge adalah tempat untuk berehat dan menyegarkan diri. Mengalami keharmonian liar alam semula jadi tanpa mengorbankan keselesaan diri anda. Bermalam di Saffire Freycinet.

Hari Seterusnya>

CLOSE