Australia. Tiada yang seumpamanya

Freycinet - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan beberapa pemandangan dan keajaiban alam semula jadi Tasmania yang paling menakjubkan sambil menginap di tempat mencari ketenangan premium
di belantara. Sama ada anda menginginkan pengembaraan yang mencabar, suasana romantik atau rejuvenasi, anda boleh bersantai atau aktif seperti yang anda mahu dalam persekitaran Semenanjung Freycinet yang menakjubkan dan bandar Hobart yang bersejarah.

Hari ke-4 [PG]

Bertolak dari Saffire dan kemudiannya menuju ke Hobart.

Nikmati makan tengah hari dan merasa wain di Restoran Source di Ladang Moorilla.

Moorilla Estate
Moorilla adalah ladang wain yang terletak di subbandar Berriedale, 12km ke arah utara tengah bandar Hobart. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 oleh seorang bekas peniaga tekstil berbangsa Itali Australia, Claudio Alcorso. Ladang wain ini menghasilkan beberapa jenis wain iklim sejuk dan juga menghasilkan lima jenis bir di bawah label Moo Brew.

Hari ke-4 [PTG]

Selepas makan tengah hari, ikuti lawatan berpandu di Muzium Seni Lama dan Baru.
               
Muzium Semi Lama dan Baru (MONA)  
Terletak di kawasan yang sama dengan Moorilla, Muzium Seni Lama dan Baru adalah muzium peribadi terbesar di Australia.  Pemiliknya David Walsh menggambarkan muzium tersebut sebagai 'Disneyland subversif untuk dewasa'. Ambil masa anda dan meronda melalui tiga tingkat ruang seni bawah tanah, yang dibina dalam muka cenuram batu pasir.
Bertolak dari MONA untuk ke Hobart menaiki feri.

Hobart
Diundi oleh pembaca buku panduan Lonely Planet sebagai bandar raya ketiga paling fotogenik di dunia, Hobart merupakan ibu kota Tasmania dan bandar raya kedua tertua di Australia, selepas Sydney. Diasaskan pada tahun 1804 di tepi Sungai Derwent yang luas, ia mempunyai kawasan hutan hujan, gunung dan pantai di pinggirannya. Binaan warisannya, kebanyakan telah dibina semula, menunjukkan sejarah kolonial yang berwarna-warni, berasaskan banduan, pemburu ikan paus, ahli perniagaan kaya dan kelasi laut.

Kini, bandar raya selatan ini mempunyai penduduk sebanyak 205,000 orang dan dikenali kerana seni dan kraf tangannya yang inovatif, gaya hidup maritim, pesta serta perlumbaan lautan tahunan biru klasik, Perlumbaan Kapal Persiaran Sydney hingga Hobart.

Tiba di Terminal Feri Brooke St dan pindah masuk ke hotel anda. Bermalam di Islington Hotel ataupun Henry Jones Art Hotel. Makan malam di Restoran Restoran Smolt.

Hasil kerjasama dengan pengeluar salmon Tasmania iaitu Tassal, restoran ini yang terletak di Salamanca Square di Hobart menawarkan menu tapas yang luas dengan pilihan sajian utama yang diinspirasikan dari rantau selatan negara Sepanyol dan Itali. Smolt turut menawarkan pilihan wain premium dari Tasmania dan Eropah.

Hari Seterusnya>

CLOSE