Australia. Tiada yang seumpamanya

Freycinet - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan beberapa pemandangan dan keajaiban alam semula jadi Tasmania yang paling menakjubkan sambil menginap di tempat mencari ketenangan premium
di belantara. Sama ada anda menginginkan pengembaraan yang mencabar, suasana romantik atau rejuvenasi, anda boleh bersantai atau aktif seperti yang anda mahu dalam persekitaran Semenanjung Freycinet yang menakjubkan dan bandar Hobart yang bersejarah.

Hari ke-5

Habiskan satu hari tambahan untuk menikmati Hobart. Cadangan termasuk:

Pasar Salamanca (Sabtu sahaja)
Terletak di antara pokok plane yang anggun dan gudang batu pasir yang pudar, Pasar Hobart menarik ribuan orang setiap Sabtu dengan makanan, muzik, seni dan kraftangan, barangan yang jarang didapati, buku, barang-barang aneh, pakaian dan barang kemas.

Battery Point
Battery Point merupakan subbandar yang paling bersejarah di Hobart dan berada berdekatan dengan Salamanca Place melalui Kelly's Steps. Subbandar tertua di Hobart ini dinamakan bersempena meriam yang pernah ditempatkan di situ. Secara amnya ia merupakan kawasan perumahan, Battery Point mempunyai campuran yang menarik antara kotej pekerja abad ke-19 dan rumah agam kolonial. Banyak bangunan di sini telah diklasifikasikan oleh Amanah Nasional (National Trust). Arthur’s Circus, tempat tarikan di subbandar ini, merupakan sekumpulan kotej yang mengelilingi padang hijau dalam perkampungan tersebut.

Persiaran Teluk Peppermint
Terokai tempat yang paling menarik di Tasmania daripada dek katamaran 23m apabila anda menelusuri River Derwent dan D'Entrecasteaux Channel dalam perjalanan anda ke Peppermint Bay. Persiaran bertolak pada 10:30 pg dan akan kembali pada 4 ptg.

Mt. Wellington Descent
Bergerak meninggalkan Brooke Street Pier dan kemudian memandu ke puncak Mount Wellington. Dengan ketinggian 1270 meter, Mt Wellington merupakan latar belakang yang cantik dan berpanorama bagi bandar raya Hobart. Dari puncaknya, anda boleh melihat pemandangan 360 darjah - Derwent Valley, sehingga ke Lautan Selatan dan merentasi Semenanjung Tasman. Teluk, serokan, dan bukit bukau di bandar raya yang cantik ini terbentang dalam panorama yang indah, dan jelas kelihatan di dek pemerhatian.

Pemandu anda akan membekalkan basikal, topi keledar dan ves keselamatan dan diikuti dengan taklimat keselamatan berbasikal yang terperinci. Selepas berlatih mengayuh di kawasan puncak, berkumpul semula dan ikut pemandu anda untuk melakukan kayuhan menuruni gunung tersebut.  Jalan gunung yang berbelok-belok membawa anda melalui Chalet dan Mata Air hingga ke bawah bukit. Di sini anda boleh memilih untuk menikmati pengalaman di permukaan selain jalan raya. Kayuh melalui belok, berpusing atas dan bawah - hanya bagi mereka yang sukakan cabaran. Permukaan bukan jalan raya ini bercantum semula berdekatan Cascade Brewery and Gardens di mana semua orang boleh berhenti dan berkumpul semula. Kayuh melepasi Female Factory yang bersejarah dan melalui Hobart Selatan dan Battery Point. Nikmati perjalanan melalui jalan yang dipenuhi pokok dan seni bina Georgian dan Persekutuan, dan menyudahi perjalanan balik ke Kawasan Dermaga Hobart yang meriah. Lawatan ini mula bertolak pada jam 9.30 pagi dan 1 petang setiap hari dengan mengambil masa dua setengah jam.

Cadangan untuk tempat makan termasuklah:

Marque IV
Menjamu selera di Marque IV bermaksud menikmati masakan kontemporari, dengan dikelilingi pemandangan kawasan dermaga pelabuhan. Menu daripada Chef Eksekutif Justin Harris menggunakan antara hasil tenusu yang terbaik dari Tasmania, dengan cara tersendiri yang mencabar.

Monty’s on Montpelier
Rumah 'Bordello' 1890-an yang cantik ini, dengan tempat makan yang terasing dan api terbuka, hanya terletak 5 minit perjalanan dari lokasi terkenal di Hobart, Salamanca Place. Masakannya nampak mudah tetapi elegan, kontemporari cara Tasmania, membekalkan daging terbaik dari Tasmania, termasuk daging khinzir jenis Wessex Saddleback (baka yang jarang ditemui) hingga daging rusa Coal River Valley.

Garagistes
Garagistes merupakan bar wain di mana makanan yang dihidangkan adalah sama penting dengan apa yang ditawarkan sebagai minuman. Mereka mencipta menu harian menggunakan ramuan dan bahan bermusim yang ditanam setempat, semuanya direka untuk melengkapkan senarai wain semula jadi antarabangsa yang besar.

Ethos
Bangunan Ethos adalah istimewa, salah satu daripada bangunan yang tertua dan luar biasa di Hobart. Bahagian tertua bangunan tersebut dibina sekitar tahun 1820 dan merupakan kandang kuda The Old Hobart Hotel. Hotel tersebut telah dirobohkan sekitar tahun 1830 dan bangunan yang kini mengelilingi kawasan kandang berdinding dibina tidak lama kemudian. Hidangan di sini adalah berasaskan sajian gaya tapas, tetapi dengan latar belakang dan pengaruh yang berbagai berbanding versi Sepanyol.

CLOSE