Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Saffire-Freycinet

Berhadapan dengan Hazards Mountains, Semenanjung Freycinet dan Great Oyster Bay, Saffire Freycinet adalah rumah penginapan premium mewah yang dikelilingi alam semula jadi. Memaparkan suite mewah, dihiasi campuran perabot klasik dan kontemporari, dan sesetengahnya mempunyai kolam terjun dan dek peribadi adalah antara daya penarik Saffire. Sesetengah suite lebih besar daripada kediaman bersaiz sederhana. Rawatan spa eksklusif, restoran, dan ruang istirehat tetamu serta bar, di Saffire anda boleh bersantai, memanjakan diri dan berasa benar-benar bersemangat dalam alam semula jadi unik di pesisiran pantai sekeliling. Saffire terletak kira-kira tiga jam perjalanan menaiki kereta dari Hobart, atau lebih kurang dua jam setengah dari Launceston.

 

CLOSE