Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

MONA - The Museum of Old and New Art

MONA - The Museum of Old and New Art terletak di River Derwent, tidak jauh dari utara Hobart. Ia menempatkan aneka koleksi yang terdiri daripada mumia Mesir kepada beberapa seni kontemporari yang paling mencabar minda di dunia. Reka bentuk bawah tanah bangunan tersebut dan pendekatan kurator yang tidak konvensional dan mencabar pemiliknya menjadikan tempat ini satu kemestian bagi mana-mana pengunjung ke Australia. MONA juga menawarkan pengunjungnya suasana ladang anggur dengan penginapan di tapak tersebut yang dinamakan sempena jurubina dan artis Australia. Makan hidangan eksklusif bertaraf dunia, merasa wain
di pintu simpanan, melawat kilang bir kecil, kolam panas, sauna dan gimnasium, serta program acara sepanjang tahun semuanya ditawarkan.

CLOSE