Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Bay of Fires dan Bay of Fires Walk

Bay of Fires Tasmania adalah rantau yang terkenal dengan pantai berpasir putih, air biru hening dan bongkah granit. Teluk ini dinamakan oleh Kapten Tobias Furneaux pada 1773 yang diilhamkan oleh unggun api Orang Asli yang banyak dilihatnya menyala di pantai. Orang ramai yang datang melawat kawasan tersebut kini sering mengatakan nama itu merujuk kepada pantulan cahaya di atas air. Aktiviti pantai dan melihat burung adalah popular di rizab yang indah ini. Rantau ini merangkumi sekitar 30 kilometer pesisiran pantai di mana terdapat banyak pantai berpasir putih yang menakjubkan. Persiaran empat hari Bay of Fires menawarkan beberapa tarikan Tasmania yang terbaik – makanan tempatan yang bermutu tinggi, wain iklim sejuk dan landskap yang nyaman. Tetamu menginap di perkhemahan tetap di sepanjang jalan dan mengakhiri perjalanan

di Bay of Fires Lodge yang bergaya. Jadual persiaran beroperasi antara Oktober dan Mei.

 

CLOSE