Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Freycinet Lodge

Dengan lokasi tepi laut yang menawan di kaki gunung The Hazards, di dalam Taman Negara Freycinet, Freycinet Lodge adalah pangkalan yang sesuai untuk meneroka Semenanjung Freycinet. Rumah persinggahan ini adalah tempat untuk bersantai dan mengembalikan tenaga serta untuk mengalami keharmonian alam semula jadi tanpa meninggalkan keselesaan. Wineglass Premier Cabin adalah kabin mewah yang menampilkan pelan terbuka yang luas, kelengkapan berkualiti,
tab mandi spa untuk dua orang serta beranda tertutup, terletak berhampiran bangunan utama rumah persinggahan dengan capaian mudah ke Pantai Richardson. Freycinet Lodge adalah dua jam setengah perjalanan dari Hobart atau Launceston.

 

CLOSE