Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Freycinet Experience Walk

Freycinet Experience Walk adalah perjalanan berpandu empat hari di sepanjang Semenanjung Freycinet yang merangkumi kedua-dua perjalanan pesisiran pantai dan gunung. Freycinet Experience Walk membawa anda melalui pantai terpencil, mendaki granit merah jambu Mount Graham dan meredah kawasan semak heath tempatan yang liar di tengah Taman Negara Freycinet, termasuk Wineglass Bay. Setiap petang anda kembali ke Friendly Beaches Lodge yang memenangi anugerah dan peka alam untuk makan malam yang memaparkan hasil tempatan dan wain serantau. Perjalanan ini meliputi antara 30 dan 37 kilometer sehari, bergantung pada pilihan perjalanan yang anda pilih.  Walau apa pun laluan yang anda pilih, anda akan bergerak dari tanjung selatan ke utara Semenanjung Freycinet dalam perjalanan yang berterusan. Anda tidak perlu mengangkat beg galas anda sendiri. Perjalanan berlangsung dari bulan November hingga hujung April.

 

CLOSE