Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Maria Island & Maria Island Walk

Maria Island Walk yang telah memenangi pelbagai anugerah merupakan perjalanan berpandu selama empat hari melalui landskap pesisiran pantai dan gunung yang memukau di taman negara Maria Island. Perjalanan ini mendidik pengunjung untuk menghargai keajaiban kawasan perlindungan semula jadi Tasmania dengan memperkenalkan mereka kepada hidupan liar yang banyak dan sejarah serta keindahan kolonial pulau tersebut yang beraneka ragam. Taman negara membenarkan pendakian yang jauh tapi dapat disempurnakan, namun tahap kecergasan tertentu harus dipenuhi. Setiap perjalanan berpandu terhad kepada lapan tetamu dan pemandu pelancong Maria Island Walk dianggap sebagai antara yang terbaik di negara ini. Pada penghujung setiap hari, nikmati makan malam dengan kilauan cahaya dian, di mana makanan dan wain Tasmania berkualiti tinggi yang terkemuka dihidangkan dalam perkhemahan belantara yang anggun. Malam terakhir dihabiskan di Bernacchi House yang telah diperbaiki di Darlington Probation Station yang tersenarai dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Perjalanan dikendalikan dari tengah Oktober hingga hujung April.

 

 

CLOSE