Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Quamby Estate

Quamby berhampiran Launceston adalah antara harta tanah Tasmania yang paling berprestij dan penting dari sudut sejarah. Dibina antara 1828 dan 1838, Quamby pernah menjadi kediaman Perdana Menteri Tasmania selama beberapa tahun tetapi kini menjadi rumah persinggahan bersesuaian yang mewah lagi megah. Kawasan yang indah ini mempunyai gelanggang tenis, lorong laluan dibarisi pokok dan padang golf yang dijaga rapi dikelilingi pokok yang berusia lebih 100 tahun. Lintasan ini mempunyai pemandangan Ben Lomond Ranges yang mengagumkan di timur dan Great Western Tiers di selatan. Pejabat serta rumah asal pengurus , sekitar tahun 1850, kini menjadi rumah kelab. Rumah ladang yang megah mempunyai 10 bilik tidur tetamu yang dipulihkan dengan teliti dalam suasana sederhana rumah tamu butik. Nikmati juadah mewah disediakan dengan hasil Tasmania yang segar diiringi wain Tamar Valley tempatan dan jadikan rumah ladang tersebut sebagai pangkalan anda untuk menjelajah Launceston dan bahagian utara. Quamby Estate terletak 20 minit dari bandar raya Launceston dan lapangan terbang.

CLOSE