Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Pennicott Wilderness Journeys - Bruny Island

Pennicott Wilderness Journeys menawarkan pelayaran belantara pesisiran pantai yang telah memenangi beberapa anugerah, membawa anda menelusuri pesisiran pantai selatan yang liar
dan tidak tercemar di Bruny Island dan Tasman Island. Bruny Island mempunyai pembentukan batu yang mengagumkan, gua menarik dan antara cenuram laut tertinggi di dunia. Pesisiran pantai yang liar adalah kediaman ratusan anjing laut, ikan lumba-lumba dan burung laut, yang anda boleh alami dari keselesaan kapal mesra alam yang ditempah khas anda tersebut.
Pilih antara memandu ke tempat bertolak di Port Arthur atau Bruny Island atau sertai lawatan sehari suntuk dari Hobart termasuk lawatan bas, pelayaran belantara tiga jam, minum pagi dan makan tengah hari.

CLOSE