Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Freycinet

Barnbougle Dunes/Lost Farm

Pemandangan yang dramatik dan padang 18 lubang kejohanan Barnbougle Dunes yang mencabar adalah antara padang golf ‘links’ terbaik di dunia. Padang golf ini telah digambarkan sebagai hasil seni, dan boleh dimainkan tidak kira apa pun tahap kemahiran anda. Terdapat lapangan sasar, kawasan hijau dan kawasan sungkit dengan bunker untuk memperbaiki lagi teknik anda. Pada penghujung hari, nikmati rumah kelab awam yang menakjubkan atau menginap di kotej Barnbougle. Dengan pemandangan padang golf yang dramatik, kotej Barnbougle direka khas untuk empat pemain golf, dengan dua bilik dan bilik mandi moden. Laman depan adalah tempat terbaik untuk berehat dan menikmati pemandangan laut yang mengagumkan serta padang golf. Menawarkan daya tarikan dan gaya unik timur laut Tasmania, semua bilik memaparkan keselesaan dan perkhidmatan yang anda jangkakan di destinasi golf terbaik.

CLOSE