Australia. Tiada yang seumpamanya

Lihat pemandangan Freycinet

Lihat tarikan Tasmanian

Freycinet Peninsula

Freycinet

Gunung granit merah jambu yang berceranggah, pantai berpasir putih dan air berwarna nilam biru adalah warna yang melambangkan Semenanjung Freycinet di pantai timur Tasmania.

Wineglass Bay terkenal sebagai salah satu daripada sepuluh pantai terbaik di dunia. Berjalan merentasi puncak berceranggah untuk pemandangan yang hebat dan temui hidupan liar serta bunga liar. Turun melalui hutan ke kolam batu yang menyeronokkan, suak terlindung dan pantai terpencil. Berhenti dan hirup udara yang sejuk dan segar.

Hayati kemurnian pantai timur Tasmania

Bersnorkel dan menyelam skuba bersama hidupan marin yang berwarna-warni atau berkayak dengan ikan lumba-lumba. Bersantai dalam pelayaran untuk melihat ikan paus berhijrah mengikut musim. Pantai yang tidak sesak dan cenuram tepi pantai Coles Bay bersempadan dengan Taman Negara Freycinet sesuai untuk berenang, belayar, memancing atau mengembara belukar. Naiki penerbangan pemandangan untuk melihat seluruh pemandangan yang menakjubkan dari atas.

Semenanjung yang cerah ini terkenal dengan daging dari lembu yang empuk dan makanan laut yang segar dari laut. Rasai udang krai, kekapis dan tiram segar manis masin yang didapatkan terus dari antara laut yang terbersih di dunia. Iklim semenanjung yang ideal ini menghasilkan wain iklim sejuk yang penuh perisa seperti chardonnay, pinot noir dan wain bergas kompleks yang telah mendapat sanjungan di arena antarabangsa.

Semasa anda berehat di rumah persinggahan mewah sambil memerhatikan matahari terbenam di atas air, anda akan berasa benar-benar berhubung dengan keindahan dan kedalaman alam semula jadi.

Sama ada anda menginginkan pengembaraan yang mencabar, suasana romantik, anda boleh bersantai atau aktif seperti yang anda mahu dalam persekitaran Semenanjung Freycinet yang menakjubkan.

CLOSE