Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Gold Coast

Rainforest Retreats

O'Reilly's Rainforest Retreat adalah tempat paling sesuai untuk mendekati alam semula jadi. O’Reilly’s terletak di kawasan pedalaman Gold Coast, dikelilingi air terjun dan trek jalan kaki Lamington National Park, iaitu hutan hujan subtropika terbesar di Australia yang tersenarai
dalam Warisan Dunia. Jejaki kanopi hutan dan kehidupan liarnya secara bersendirian atau sertai ‘Discovery Program’ yang berpandu. Cuba ritual ‘vinotherapy’ yang unik di Lost World Spa, yang menggunakan anggur daripada ladang anggur O’Reilly sendiri. Vila pergunungan mewah yang serba lengkap menawarkan penginapan luas dan kontemporari dengan pemandangan hutan hujan dan pergunungan yang menakjubkan.

Di Lamington National Park, terdapat juga Binna Burra Mountain Lodge. Sky Lodge baru Binna Burra yang serba lengkap dan mewah menawarkan pilihan bergaya kepada kabin tradisional
Binna Burra. Terletak di sebelah gunung dengan pemandangan merentasi Lembah Coomera
dan Numinbah yang menakjubkan, Sky Lodge bercirikan penginapan moden dibina agar harmoni dengan keadaan alam semula jadi. Tempah di salah satu daripada aktiviti berpandu Binna Burra yang banyak, atau hanya bersantai di depan unggun api dengan membaca buku.

O'Reilly's Rainforest Retreat adalah dua jam perjalanan ke selatan dari Brisbane atau 1.5 jam
ke barat daya Gold Coast. Binna Burra adalah mudah dengan hanya 30 minit memandu daripada Gold Coast dan 1.5 jam memandu dari Brisbane.

 

CLOSE