Australia. Tiada yang seumpamanya

Saksikan kemeriahan Gold Coast

Lihat tarikan Queensland

Gold Coast

Gold Coast

Apabila tiba masanya untuk kenikmatan berjemur di bawah matahari, tiada destinasi lain yang secerah Gold Coast, Australia. Tempat yang menarik, cuaca yang ideal dan suasana mesra alam menjadikan Gold Coast pentas semula jadi untuk acara sepanjang tahun - dari kejohanan sukan antarabangsa hinggakan pameran budaya unik.

Acara tahunan yang digemari termasuklah Magic Millions Racing Carnival, Pesta muzik Blues di Broadbeach dan Kejohanan Pro Luncur Air Quiksilver. Aksi budaya dan muzik dapat dilihat dengan kerap di Pusat Konvensyen Gold Coast dan di Pusat Kesenian Gold Coast, sementara pesta seperti Surfers Paradise Festival, dan Gold Coast Film Festival menerangi bandar ini.

Kedamaian dan ketenangan atau beraksi langkah pantas, semuanya di sini.

High Street adalah destinasi pilihan untuk penggemar fesyen dan pencinta makanan. Kawasan runcit yang menarik bercirikan campuran kedai yang bersemangat, restoran terbuka dan kafe termasuklah banyak jenama fesyen antarabangsa, kebangsaan dan tempatan.

Di kawasan membeli-belah Marina Mirage, anda akan dapati butik pereka fesyen seperti Versace, Louis Vuitton, Nautica dan La Perla dan pereka terkenal Australia seperti Lisa Ho, Carla Zampatti, dan Charlie Brown.

Di sepanjang pantai gemerlapan keemasan yang seakan tiada penghujung, termasuk Surfers Paradise yang terkenal di dunia, terdapat juga taman tema antarabangsa,  padang golf bertaraf dunia, restoran yang pernah memenangi anugerah, bar berkelas tinggi dan kelab malam yang meriah. 

Di Gold Coast Hinterland anda akan terokai taman negara yang tersenarai dalam Warisan Dunia, hutan hujan sub tropika, kilang wain dan tempat mencari ketenangan dengan spa dan pusat kesihatan yang mewah.

Hiburan malam hari yang gilang-gemilang, hutan yang mengagumkan dan pantai indah merupakan secebis rasa mengapa Gold Coast Australia terkenal dengan keceriaan dan keseronokan.

CLOSE