Australia. Tiada yang seumpamanya

Great Ocean Road - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan pemandangan Great Ocean Road yang menakjubkan dan keajaiban semulajadi, menginap di rumah tetamu premium dan hotel berkualiti. Rasai hembusan angin pada rambut anda dan hirup udara lautan yang segar sambil menyusuri selekoh di salah satu perjalanan pemanduan tepi lautan yang terhebat di dunia.

Hari pertama [PG]

Perjalanan ke Torquay dari Melbourne.

Torquay merupakan ibu kota meluncur air dan bandar peranginan dan percutian terbesar Victoria, di mana budaya berasaskan pantai menjadi ikutan. Beberapa jenama terbesar pakaian dan aksesori meluncur air beribu pejabat di sini. Muzium Surfworld mencerminkan semangat kegemaran popular ini dalam bentuk perkataan, gambar, dan paparan amali.

Nikmati makanan tengah hari di Torquay, diikuti oleh waktu bebas untuk menjelajahi kedai pakaian meluncur air.

Hari pertama [PTG]

Nikmati pengalaman kelas meluncur air dengan Go Ride a Wave.

Go Ride a Wave telah mengajar Luncur air selama 15 tahun dan pakar jurulatih berkelayakan bukan sahaja untuk mengajar anda asas meluncur air, bahkan mereka menjadikannya satu pengalaman yang sukar dilupakan. Pakaian menyelam lengkap, papan luncur air dan pengajaran selama dua jam semuanya disediakan.

Bertolak ke Lorne dan mendaftar masuk ke penginapan anda di Mantra, Lorne.

Satu-satunya penginapan depan pantai di Lorne, Mantra Lorne menawarkan penginapan yang hebat di salah satu destinasi yang paling popular di Australia. Dibina mengelilingi rumah tetamu tertua di Victoria, Mantra Lorne kini merupakan sebahagian daripada sejarah Lorne dan wilayah di sekitarnya yang kaya.

Untuk makan malam, cuba pergi ke Ba Ba Lu Bar and Restaurant, Lorne.

Hari Seterusnya>

CLOSE