Australia. Tiada yang seumpamanya

Great Ocean Road - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan pemandangan Great Ocean Road yang menakjubkan dan keajaiban semulajadi, menginap di rumah tetamu premium dan hotel berkualiti. Rasai hembusan angin pada rambut anda dan hirup udara lautan yang segar sambil menyusuri selekoh di salah satu perjalanan pemanduan tepi lautan yang terhebat di dunia.

Hari ke-2 [PG]

Luangkan masa anda menyusuri Great Ocean Road dari Lorne ke Apollo Bay.

Untuk makan tengah hari, cuba pergi ke La Bimba di Apollo Bay.

Hari ke-2 [PTG]

Pergi berkayak laut dengan Apollo Bay Surf and Kayak.

Apollo Bay Surf and Kayak beroperasi dari Apollo Bay di pintu masuk Otway National Park dan di Marengo Marine Sanctuary yang menjadi tuan rumah Koloni Anjing Laut.

Berkayak Laut ke Tempat Perlindungan Anjing Laut Marengo merupakan salah satu aktiviti yang paling popular menggunakan kayak 'duduk di-atas' (cabo) yang sesuai untuk kedua-dua pengayuh baru dan yang berpengalaman. Lazimnya, anda boleh melihat anjing laut dengan anak-anaknya bersantai di atas batu, atau berenang dan bermain di sekeliling kayak. Bagi mereka yang sukakan cabaran, ini merupakan peluang untuk menangkap ombak dan meluncur ke arah pantai.

Daftar masuk ke penginapan anda, Chris’s Beacon Point Restaurant and Villas.

Chris's Beacon Point Restaurant and Villas terletak di kedudukan yang menakjubkan di cenuram yang menghadap Apollo Bay Harbour, Great Ocean Road dan Selat Bass. Makan malam di restoran di Chris’s Beacon Point.

Hari Seterusnya>

CLOSE