Australia. Tiada yang seumpamanya

Great Ocean Road - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan pemandangan Great Ocean Road yang menakjubkan dan keajaiban semulajadi, menginap di rumah tetamu premium dan hotel berkualiti. Rasai hembusan angin pada rambut anda dan hirup udara lautan yang segar sambil menyusuri selekoh di salah satu perjalanan pemanduan tepi lautan yang terhebat di dunia.

Hari ke-3 [PG]

Bertolak dari Chris’s Beacon Point dan memandu ke Forrest untuk menyertai lawatan Paddle dengan the Platypus tour.

Kenali haiwan yang paling sukar dilihat di Australia melalui lawatan kanu berpandu waktu subuh ini. Luangkan sedikit masa dengan mamalia unik yang bertelur ini yang telah wujud sejak 100 juta tahun yang lalu di habitat semula jadinya. Ini adalah pengalaman bak di luar alam nyata yang akan anda ingati buat selamanya.

Hari ke-3 [PTG]

Selepas itu terokai Great Ocean Walk.

Great Ocean Walk yang terbentang sejauh 104 km dari Apollo Bay hingga Twelve Apostles memang mengagumkan untuk dilihat. Kembara merentasi taman negara yang indah, berjalan kaki di sepanjang pantai yang sunyi
dan renungi taman perlindungan marin yang murni. Berjalan kaki secara laju atau perlahan, mengikut kemahuan anda
di sepanjang Great Ocean Walk, dan jalani laluan pendek sehingga tiga jam untuk melihat bangkai kapal karam lama, rumah api bersejarah dan tempat meninjau.

Daftar masuk ke penginapan anda dan bermalam di Great Ocean Ecolodge.

Jelajah keluar ke kawasan belukar bersama para penyelidik untuk membantu menyelamatkan haiwan terancam, terokai Great Ocean Walk atau hanya bersantai di bawah pokok eucalyptus, sambil melihat koala nun tinggi di atas pokok itu.

Hari Seterusnya>

CLOSE