Australia. Tiada yang seumpamanya

Great Ocean Road - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan pemandangan Great Ocean Road yang menakjubkan dan keajaiban semulajadi, menginap di rumah tetamu premium dan hotel berkualiti. Rasai hembusan angin pada rambut anda dan hirup udara lautan yang segar sambil menyusuri selekoh di salah satu perjalanan pemanduan tepi lautan yang terhebat di dunia.

Hari ke-4 [PG]

Bertolak ke Port Campbell dan sertai 12 Apostles Helicopters dalam penerbangan dengan helikopter selama 10 minit. 12 Apostles Helicopters akan membawa anda ke suatu pengalaman penerbangan yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja. Antara tarikannya termasuk Loch Ard Gorge, Bakers Oven, Port Campbell, pemandangan panorama persisiran pantai, Glenample Homestead dan tidak ketinggalan sudah pastinya 12 Apostles yang indah dan mengagumkan.

Selepas ini lawati Twelve Apostles.

Twelve Apostles merupakan tindanan batuan gergasi yang berdiri dengan hebatnya dari Southern Ocean dan merupakan ciri utama Port Campbell National Park yang berbatu-batu. Batuan tersebut merupakan tinggalan daripada hakisan berterusan cenuram batu kapur yang bermula sejak 10-20 juta tahun yang lalu. Southern Ocean yang bergelora dengan angin yang kuat menghakis batu kapur yang lebih lembut secara beransur-ansur, lalu membentuk gua di cenuram tersebut. Gua tersebut akhirnya menjadi gerbang dan apabila gerbang ini runtuh, tindanan batuan sehingga 45 meter tingginya tertinggal dan terasing daripada pantai.

Port Campbell National Parks merupakan jalur pantai yang sempit seluas 1,750 hektar, bermula dari Princetown ke Peterborough dan termasuk bandar Port Campbell. Seksyen jalan yang paling terkenal adalah Port Campbell National Park, yang bercirikan koleksi ukiran batuan semula jadi yang menakjubkan, termasuklah Twelve Apostles, London Bridge dan Loch Ard Gorge.

Makan tengah hari di Port Campbell.

Hari ke-4 [PTG]

Bertolak dari Port Campbell dan menuju ke Warrnambool melalui Bay of Islands Coastal Park dan Bay of Martyrs.

Pemandangan lautan serta flora dan fauna merupakan tarikan utama di Bay of Islands Coastal Park, yang terbentang sepanjang 32 kilometer dari Peterborough sehingga hampir ke Warrnambool. Wilayah ini menggabungkan Bay of Islands, Bay of Martyrs, Worm Bay, Crofts Bay dan Boat Bay.

Warrnambool boleh dipanggil ‘Bandar Ikan Paus’ kerana Ikan Paus Southern Right yang jarang dijumpai telah menjadikan Logan Beach di bandar ini sebagai tapak pembiakannya. Setiap tahun, gergasi laut dalam ini, dengan ukuran sehingga 15 meter panjang dan berat hampir 60 tan, akan mengembara dari Southern Ocean untuk beranak di perairan cetek Logan Beach. Musim melihat ikan paus bermula sekitar bulan Mei sehingga September.

Teruskan perjalanan anda di Great Ocean Road ke Port Fairy dan daftar masuk ke penginapan anda di Oscars Waterfront Boutique Hotel.Oscars Waterfront Boutique Hotel, Port Fairy terletak di Sungai Moyne menghadap marina kapal persiaran dengan akses terus ke dermaga.

Berjalan kaki ke Lightstation atau saksikan muttonbird berkumpul pada waktu matahari terbenam ketika musimnya.

Untuk makan malam, cuba pergi ke Merrijig Kitchen di Port Fairy.Menunya ditulis setiap hari dengan mengambil ilham daripada musim dan apa 'yang baik' di dapur. Mereka berusaha untuk mendapatkan hasil tempatan, dengan mendapatkan bekalan sebagai tambahan kepada hasil taman sayuran milik restoran ini sendiri. Rangkaian pembekal setempat dan wilayah menjadikan menu Merrijig Kitchen sentiasa bersemangat dan selalu bertukar.

Bermalam di Oscars Waterfront Boutique Hotel.

Hari Seterusnya>

CLOSE