Australia. Tiada yang seumpamanya

Great Ocean Road - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan lima hari ini mempamerkan pemandangan Great Ocean Road yang menakjubkan dan keajaiban semulajadi, menginap di rumah tetamu premium dan hotel berkualiti. Rasai hembusan angin pada rambut anda dan hirup udara lautan yang segar sambil menyusuri selekoh di salah satu perjalanan pemanduan tepi lautan yang terhebat di dunia.

Hari ke-5 [PG]

Habiskan sedikit masa menerokai bandar bersejarah Port Fairy.

Port Fairy telah mengekalkan kebanyakan seni bina kolonialnya, dan memberikan pelawat suatu gambaran mempesonakan ke dalam sejarah salah satu pelabuhan yang terawal di Victoria. Anda juga boleh mendapatkan makanan tengah hari berkonsepkan perkelahan daripada mana-mana kafe di bandar ini.

Bertolak ke Tower Hill.

Tower Hill State Game Reserve terletak dengan eloknya di dalam gunung berapi yang telah mati, syurga indah hidupan liar seperti koala, emu, kanggaru dan banyak lagi spesies burung air yang berkeliaran dengan bebasnya.

Nikmati perjalanan belukar dan alam semula jadi yang disusun khusus oleh Worn Gundidj.

Worn Gundidj menawarkan lawatan berjalan kaki selama sejam ke gunung berapi yang mengagumkan
di Tower Hill dan menyediakan pandangan tempatan yang asli mengenai alam semula jadi, kehidupan liar
dan budaya Orang Asli di kawasan tersebut. 

Bertolak dari Tower Hill, jika anda tidak mahu berkelah, berhentilah untuk makan tengah hari di Colac
di Oddfellows.

Hari ke-5 [PTG]

Bertolak pulang ke Melbourne melalui Princes Highway.

CLOSE