Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Great Ocean Road

The Otway Fly Treetop Adventures

Otway Fly Treetop Adventures menawarkan begitu banyak pengalaman dengan dua aktiviti utama iaitu Otway Fly Treetop Walk dan Otway Fly Zip Line Tour. Otway Fly Tree Top Walk ialah pengembaraan berjalan kaki sepanjang 600 meter yang dinaikkan setinggi 25 meter di atas pokok. Ia merupakan jenis laluan pejalan kaki atas pokok yang terpanjang dan tertinggi di dunia. Laluan atas pokok ini yang meningkat ketinggiannya secara perlahan-lahan melalui hutan hujan beriklim sejuk yang mengagumkan termasuklah Myrtle Beech, Blackwood dan Mountain Ash. Tempat meninjau pada ketinggian 45 meter kemudian naik melalui tangga lingkaran dan muncul di kalangan mercu gergasi hutan belantara. Otway Fly Zip Line Tour termasuk aktiviti 'zip line' selama dua setengah jam yang merangkumi latihan dan simulasi, dan menyediakan lapan stesen awan yang terletak tinggi di dalam hutan hujan, enam penerbangan zip line dan merentasi dua jambatan gantung, serta diakhiri dengan Treetop Walk selama sejam.

 

CLOSE