Australia. Tiada yang seumpamanya


Pengalaman dan tarikan Great Ocean Road

Chris's Beacon Point Restaurant & Villas

Chris's Beacon Point Restaurant and Villas yang terletak tinggi di Otways di atas Great Ocean Road di Apollo Bay dan menghadap ke Bass Strait menjadi tumpuan antarabangsa bagi pengembara gourmet. Pendekatan peribadi pemiliknya terhadap layanan mesra telah menjadikan beliau salah seorang yang paling disayangi di wilayah ini. Minat mendalamnya terhadap makanan Eropah Selatan yang digabungkan dengan hasil tanaman yang paling segar dan murni telah menjadikan hidangannya terkenal di seluruh dunia. Penginapan di tapak disediakan dalam bentuk vila apartmen yang lengkap. Kesemua apartmen mempunyai hiasan sezaman, dengan dipasang tingkap dari lantai hingga ke siling dan balkoni yang berhadapan dengan pemandangan lautan yang menakjubkan.

 

CLOSE