Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Great Ocean Road

Great Ocean Ecolodge dan Conservation Ecology Centre

Dari saat anda bangun dikejutkan oleh kicauan unggas pada waktu subuh dan melihat kanggaru liar meragut rumput dengan tenang di luar tingkap bilik tidur anda, anda akan menyedari yang Great Ocean Ecolodge adalah tempat yang sangat istimewa. Great Ocean Ecolodge merupakan sebuah syarikat sosial yang diurus oleh Conservation Ecology Centre. Semua keuntungan yang diperoleh dilabur semula ke dalam pemuliharaan hidupan liar dan lodge ini sendiri keseluruhannya menggunakan kuasa solar dan bertanggungjawab dari segi ekologi. Terletak dalam kawasan Conservation Ecology Centre, ia dikelilingi dengan hutan belukar murni, hutan hujan yang subur, pantai terlindung dan cerun curam, berhampiran dengan salah satu pesisiran pantai terindah di dunia. Ia menawarkan peluang untuk tinggal di tempat mencari ketenangan mesra alam yang memenangi anugerah, dan menjelajah keluar ke kawasan belukar bersama para penyelidik untuk membantu menyelamatkan haiwan terancam, menerokai Great Ocean Walk atau sekadar bersantai di bawah pokok eucalyptus, sambil melihat koala nun tinggi di atas pokok itu.

 

CLOSE