Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Great Ocean Road

The Great Ocean Walk

Great Ocean Walk terbentang sejauh 104 kilometer dari bandar peranginan Apollo Bay yang mempesona hingga Twelve Apostles yang mengagumkan dapat dilihat. Kembara merentasi taman negara yang indah, berjalan kaki di sepanjang pantai yang sunyi dan hayati taman perlindungan marin yang mendamaikan. Laluan pejalan kaki ini telah direka bentuk supaya pejalan kaki boleh masuk atau keluar dari denai ini di beberapa tempat, dengan menghabiskan kembara singkat, seharian atau semalaman. Denai ini sesuai untuk pejalan kaki tanpa mengira peringkat usia atau kecergasan. Perjalanan kaki yang dekat akan mengambil masa selama kurang daripada dua hingga tiga jam jauhnya dan ia berbeza-beza dari segi kesukaran dari pejalan kaki yang mudah hinggalah yang susah. Terdapat banyak penginapan yang tersedia di sepanjang perjalanan ini dari penginapan spa mewah hinggalah pondok desa yang serba lengkap dan tapak perkhemahan yang menarik. Tempat permulaan yang baik adalah di Rumah Api Cape Otway, rumah api tertua di tanah besar Australia, di mana berkemungkinan anda boleh tinggal di pondok desa penjaga rumah api tersebut.

CLOSE