Australia. Tiada yang seumpamanya



Pengalaman dan tarikan Great Barrier Reef Islands

Descarada

Duduk dan bersantai dan biarkan krew anda melakukan kerja berat apabila anda berlayar di sekeliling Whitsundays dalam kapal layar, katamaran atau kapal mewah. Pilih pelayaran satu malam atau lebih lama, nikmati semua hidangan, kabin persendirian dengan en-suite, snorkel, menyelam dan lawatan menakjubkan di sekeliling kepulauan dan terumbu pinggirannya yang berwarna-warni. Untuk pengalaman terhebat dalam pelancongan persendirian, sewa seluruh kapal dengan keluarga atau rakan. Kapal layar mewah 110 kaki didatangkan lengkap dengan bot berkelajuan tinggi; kapal bantuan kukuh yang kembung, dua buah jet ski, dua buah kayak dan stesen pengisian tangki menyelam. Memuatkan maksimum dua belas orang penumpang semalaman, memberikan pengalaman berlayar yang eksklusif dan mesra pada setiap tetamu. Khidmat sewa persendirian boleh diatur dari kebanyakan tempat peranginan pulau.

 

CLOSE