Australia. Tiada yang seumpamanya

Kangaroo Island - Cadangan jadual perjalanan

Jadual perjalanan empat hari ini akan menunjukkan apa yang terbaik di Kangaroo Island Australia Selatan ini, dengan bermalam di salah sebuah rumah tamu belantara Australia yang paling berprestij. Jika anda gemar melihat hidupan liar dalam habitat semula jadinya, pemandangan dramatik dan ruang luas terbuka serta makanan dan wain yang berkualiti tinggi, anda tentu terpukau dengan Kangaroo Island.

Hari pertama [PG]

Setibanya di Adelaide, daftar masuk untuk penerbangan penerbangan Regional Express anda ke Kingscote, Kangaroo Island.

Catatan:  Bawalah beg kecil untuk perjalanan ke Kingscote (KI) kerana batasan bagasi dikenakan dalam penerbangan REX dan dikuatkuasakan dengan ketat:  15kg didaftar masuk dan 7kg bagasi tangan. Anda boleh menyimpan bagasi berlebihan di lapangan terbang dengan sedikit bayaran.

Ketibaan di Kingscote Airport, Kangaroo Island.

Kangaroo Island adalah antara keajaiban semula jadi Australia yang hebat, serta salah satu destinasi pelancongan terbaik dan paling mengagumkan. Sebuah kawasan perlindungan hidupan tak berpagar, di mana pengunjung dapat melihat haiwan Australia dalam habitat semula jadinya. Sekitar 30 peratus pulau tersebut dilindungi sebagai taman, dan pesisiran pantai 541 kilometer mempunyai pantai yang sesuai untuk berenang dan meluncur, tempat di mana anda boleh berjalan di antara anjing laut, cenuram yang hebat dan pembentukan batu yang menakjubkan seperti Remarkable Rocks.  Pulau ini juga semakin terkenal sebagai rantau makanan dan wain, terutamanya terkenal untuk madu, minyak kayu putih, udang krai dan ladang tenusu biri-biri. www.tourkangarooisland.com.au

Bertolak ke penginapan anda di Southern Ocean Lodge.

Southern Ocean Lodge adalah rumah persinggahan mewah Kangaroo Island yang pertama. Memiliki pemandangan lautan, pantai dan hutan belantara yang menakjubkan, Southern Ocean Lodge terletak di pantai Hanson Bay yang mempesonakan dan memberikan tetamu pengalaman alam semula jadi yang unik dan abadi. Sarapan pagi gourmet, makan tengah hari ringan, makan malam empat sajian dengan menu yang berubah setiap hari, minuman alkohol dan tanpa alkohol terpilih, pengembaraan dan pengalaman berpandu yang tiada bandingan serta termasuk pengangkutan
ke lapangan terbang.


Hari pertama [PTG]

Melawat dengan Exceptional Kangaroo Island

Temui wakil anda dari Exceptional Kangaroo Island di lobi hotel untuk lawatan sehari 4WD yang eksklusif ke tarikan utama pulau tersebut termasuk Seal Bay dan Flinders Chase.

Exceptional Kangaroo Island menawarkan lawatan sehari dan lanjutan serba mewah yang menyeluruh, mengembara dalam kenderaan pacuan empat roda yang bertumpukan makanan lazat, wain dan hidupan liar.

Pakej tersebut boleh merangkumi tarikan utama seperti:

Taman Negara Flinders Chase
Meliputi bahagian hujung barat Kangaroo Island, Flinders Chase National Park megah dengan persisiran pantai berceranggah yang menakjubkan, pemandangan hutan belantara yang terbentang luas, batu terukir yang luar biasa dan pertemuan dengan hidupan liar tempatan. Berkeluasan 74,000 hektar, ia antara taman Australia yang paling luas.  
Tarikan utama Flinders Chase National Park adalah Remarkable Rocks dan Admirals Arch.

Remarkable Rocks
Bongkah granit yang diukir iklim terletak di atas kubah granit yang besar menjunam 75 meter ke laut. Berjalan menuju batuan di atas titian kayu yang disediakan.

Admiral's Arch
Admiral’s Arch adalah tinggalan gua purba yang dipecahkan oleh ombak laut dan diubah menjadi jambatan semula jadi. Stalaktit masih lagi tergantung di atas gerbang sebagai bukti sejarahnya yang luar biasa. Makan tengah hari di lokasi yang terlindung.

Tiba di Seal Bay Conservation Park - tarikan paling popular di pulau ini. Koloni membiak anjing laut, yang leluhurnya terselamat daripada pemburu singa laut boleh dilihat bersantai di bawah sinaran matahari sambil menyusukan anak selepas makan selama tiga hari di laut. Yang lainnya meluncuri ombak di tepi pantai. Kini, anjing laut yang jarang ditemui ini dilindungi oleh undang-undang.
Di bawah bimbingan pemandu pelancong, anda boleh berjalan di tepi pantai hanya beberapa meter daripadanya, atau melihatnya dari titian kayu. Selepas sehari suntuk melancong anda akan dihantar kembali ke tempat penginapan anda di Southern Ocean Lodge.

Hari Seterusnya>

CLOSE